La hawla wala quwwata illa billah.

Saturday, December 31, 2011

Prove them wrong !



When someone tells u that u can't do something , 

Look around....

Consider all option's  

Then GO for it ! 

Use all the things Allah gave u 

Be creative ! 
 
In the end , u will succeed and prove them wrong !

Always remember nothing is impossible , if your heart is willing :)


My dear FUTURE Wife..




My dear FUTURE Wife..



I will lead. 
I will love. 
I will loyal. 
I will be the BEST husband, ever, InsyaAllah..
I will maintain my appearance for you. 
I will make sure to be the BEST husband I can be, InsyaAllah.. 
I will give children to you & I will raise them to be the best they can be. 
I will be the BEST father, InsyaAllah..

All this - as long as you promise me ONE thing..

Be with me, help me and accompany me in getting to Jannah! ♥ Insyaallah :)


i hope my FUTURE husband will also wish like this :)


Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #WW : Never go to sleep angry :)

My dear FUTURE Husband..




My dear FUTURE Husband..




I will cook. 
I will clean. 
I will shop. 
I will be the BEST wife, ever, InsyaAllah..
I will dress up for you. 
I will maintain my appearance for you. 
I will make sure to be the BEST wife I can be, InsyaAllah.. 
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be. 
I will be the BEST mother, InsyaAllah..

All this - as long as you promise me ONE thing..

Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥ Insyaallah :)


Monday, December 12, 2011

doa buat DIA :'(

Salam sayang ,

entah kenapa malam ni aku terasa nak tulis entry ni.
sorry aku memang tak pandai nak berpuitis bagai.

aku just tulis apa yang aku rasa.
terlalu banyak kekejaman dan binasa.
aku tak sanggup , aku tak rela.
kerana aku pecinta yang setia.
moga ada kesedaran diluar sana.
buat manusia yang berhati durjana.



kadang-kadang kau di sepak suka-suka,
kau meronta-ronta,
kadang-kadang kau dibuang merata-rata,
kau hidup merana,


badan kau luka-luka,
badan kau basuh kuyup,
badan kau kurus sangat sehingga nampak bentuk tulang rangka kau,
aku rasa sebak sangat,
sampainya hati manusia buat kau macam tu.

yang pastinya aku xkan biar orang buat kau macam tu,
kau pun makhluk Allah,
kau punya hak untuk hidup,
kau punya hak untuk dibelai dan disayangi,
aku sayang kau,
ramai sayang kau.

ya Allah lindungi makhluk kecil ini,
lindungi makhluk yang tidak berdosa ini,
jangan biar dia dizalimi tangan-tangan kotor manusia kejam,
moga ada kesedaran di hati mereka.




The difference between friends and pets is that friends we allow into our company, pets we allow into our solitude.  -Robert Brault-








Thursday, December 1, 2011

Sapa yang lahir tahun 80/90-an mesti ingat kan benda ni ? :)

Salam sayang ,


masih ingat yang ni ?


tadi terbaca satu wall post kat group budak sekolah rendah dulu.tersenyum saorang-sorang aku baca benda ni.aku percaya sapa yang pernah mengalami benda ni pun mesti akan tersenyum sorang-sorang gak mengenang kembali memori lama.cewahhhh ! :P


Budak-budak yg lahir pd thn 80/90an, mesti ingat mase skola rendah dulu : 

1. Kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.

2. Kat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku



3. RMT kat skola makan x best, tp yg berduit pon join RMT, x paham betol.

4. Pakai pensel box yang bole bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tgh-tengah die.

5. Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

6. Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah-tengah tapi x penah nampak cikgu pegang pon kat situ.

7. Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

8. Time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

9. Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

10. Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab bole tukar-tukar kaler ikut suhu n cuaca.

11. Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...

12. Balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die x makan pon.

13. Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat tV bole tembak alien tu.

14. Siri kartun : Dragon Ball, Power Rangers, Ultraman, Ninja Turtles, Thundercats, Maskman, Gaban dan mcm lg.

13. Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!












jangan lupe sume ni sbb zaman skrg budak-budak xlayan bende-bende ni. asyik ngadap Laptop, iPad, TV n PS. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yang permanent.

p/s : aku rindu zaman tu :')



nak tengok banyak lagi benda-benda yang anda rindu boleh tekan link ni http://majalah9.com/koleksi-nostalgia-era-90-an/


sapa nak hadiah boleh tekan SINI . banyak hadiah untuk dimenangi ! :D 

Tuesday, November 8, 2011

Jenis-Jenis Manusia di Facebook :)

Salam sayang , 


hari ni nak kongsi pasal facebook la boleh ? ehehe , seperti yang kita tahu kat facebook ni kita boleh tengok macam-macam jenis perangai manusia.kat bawah ni jenis-jenis manusia yang kita biasa tengok kat facebook kan ? :)

  • MODEL : Tukar gambar setiap hari 
     
  • PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari.
     
  • OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) 
     
  • WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting ! 
     
  • PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) 
     
  • BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit 
     
  • BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-' 


  • PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan kegiatan menjengkelkan bersama suami, tunang mahupun boyfren. Mcm die sorang ade suami, tunang/boyfren! Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-') 
     
  • MENUNJUK-NUNJUK : Setiap saat nk cerita kebahagiaan hidup die.. Yelah..suami, tunang/boyfren ko la y paling baik dan ensem dlm dunia ni! MOTIFFF? : Takut dirampas org kot 
     
  • BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gamabr dengan mulut muncung macam nak bercium, ingat cantek ke macam tu?)
     
  • SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu & buat profile picture.


  • FOREVER ALONE : suka buat status & like sendiri.ataupon bahasa mudah syok sendiri


  • KING/QUEEN OF LIKE : setiap inci benda yang ada kat facebook tu dia akan LIKE , tak de keje lain mungkin ?

aku dapat benda ni kat status facebook kawan aku.benda ni saja just  joking-joking tau.no hard feeling okay ? peace ! :) 



Monday, November 7, 2011

Experiment Photog :)

Salam sayang , 



rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam di seluruh negara.moga tahun ni pengorbanan kita lebih bermakna.cewahhhh ayat ! :P


ok tutup jap cerita pasal raya.aku nak kongsi ngan korang pasal satu hobi aku yg aku rasa dah jadi trend sekarang kot.PHOTOGRAPHY


aku punya passion terhadap photography amatlah tinggi sehinggakan aku sanggup beli DSLR guna duit sendiri beb ! masa tu DSLR bukan murah beb , mahal siot.aku jeles tengok budak-budak zaman sekarang sebab mintak je terus dapat..ouh , jeles ! =.='


aku baru sangat-sangat dalam bidang ni , banyak lagi aku kena belajar.so photographer yang hebak-hebak kat luar sana , aku harap korang boleh beri tunjuk ajar n komen yang bernas supaya aku dapat improve hasil karya aku.thanks :)


ok , ni antara hasil experiment aku.


first time makan tutti frutti , jakun ! =.='


light trail jiwa kacau 
cousin aku , dia memang suka amek gambar :)
adik lelaki gua :)
bokeh bintang buat sendiri , xberapa jadi :(
ala tomey tomey <3
bokeh atas jambatan berdekatan dengan The Mines 
 first try buat bokeh love yang dibuat sendiri , failed , tangan gegar =.='
yang ni first try bokeh bintang yang tak jadi gak , tangan gegar =.='


moral of the story , gua kena beli filter holder.ok bye :P

Friday, November 4, 2011

Fakta Menarik Mengenai Tidur :)

Salam sayang ,





Hari ni aku nak kongsi some " Interesting Fact About Sleep " or dalam bahasa melayunya " Fakta Menarik Mengenai Tidur " kalo rasa benda nak share benda ni , anda amat-amatlah di alu-alukan ye:)

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja? Kurang tidur boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. 


Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stress , kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. 


Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja. 


Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. 


Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. 


Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. 




  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. 
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar. 
  • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 
  • Suhu tubuh  akan menurun secara drastik menjelang pagi.
  • Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.


ok , sampai situ je.have a good sleep everyone ! ;D

Wednesday, October 26, 2011

sikap blogger

Salam sayang ,


fisrt , tarik nafas dalam-dalam dan henmbus dan senyum dan ucap Alhamdulillah :)
macam biasa , lama xupdate blog sampai dah bersawang mawang. jangan tanya kenapa sebab dah tau jawapan. MALAS ! sekian =.='

lately aku macam rajin pulak nak membaca blog-blog orang lain setelah sekian lama bergelumang dengan assigment kan , phewwww. lepas je balik dari tasik chini dan ulu bendul hari tu aku g PD lak. busy dengan filedwork. memang best gilak dan yang lagi best kulit aku semakin gelap. abaikan sebab xpenting. NEXT !

ok sebnarnya aku nak tulis pasal sikap blogger-blogger kat Malaysia ni sebab kalo nak cerita pasal blogger luar Malaysia aku tak tahu sebab aku xpernah g OVERsea kan ? fine xpelah , Malaysia pun ok :) aku tau aku tak de hak nak ubah korang tapi aku ada hak nak tegur sikap korang kan walaupun aku tau entry aku ni mungkin akan kena hentam.fine , aku terima seadanya :)

fisrt aku tak berapa nak gemar & xberapa selesa dengan ciri-ciri blogger yang kat bawah ni :

1) Suka tayang income yang beribu-riban. aku tau la aku tak banyak income dan kau ada banyak tapi xperlu kot tayang satu dunia , upload kat fesbuk dan tag semua blogger lain income dari hasil berblog kau tu kan ? :)

2) Berlagak macam burung gagak. dulu masa kau newbie kau pun mesti tak tahu banyak benda pasal dunia blog kan ? mesti kau tanya banyak benda kat orang lain kan ? tapi bila kau dah jadi popular @ retis xperlu kot tunjuk keberlagakkan kau tu. cuba mesra alam sikit. jangan nak berlagak sangat la kan? :)

3) Tayang traffic blog macam dalam dunia ni kau sorang je ade blog dan semua orang baca blog kau je. tak perlu kot sebab orang bukan nak baca pasal tarffic kau , orang nak baca idea kau , ape yang kau nak sampaikan. so tak payah la kot nak buat entry tayang traffic ko yang melambung-lambung tu kan ? :)

4) Gila tayang gambar. yang ni terpulang korang la tapi nak tegur sikit la , kalau buat entry tu letak max 10 gambar pun dah cukup kot. tu pun dah terlebih cukup. yang lain upload kat facebook dah la. semua orang ade facebook kan ? kalau tak de tipu la. ni tak , kalau boleh semua 100++ gambar kau nak letak dalam satu entry , nyampah siot !

tu je kot nak cakap , kalau ada tambahan nanti aku update KALAU RAJIN la kan ? mungkin aku pun ada salah so harap-harap ada orang tegur sebab bila orang tegur at least kita tahu yang kita buat salah dan ada yang masih perihatin.so no har feeling ye.thanks sebab sudi baca.Assalamualaikum :')

Wanita yang cantik adalah wanita yang pandai menjaga maruah diri & keluarga - SNS :)

Sunday, October 23, 2011

On The Wings of A Butterfly

 Salam sayang ,

sudah sekian lama xupdate blog. hati rasa berat & malas sangat nak update blog sebab rasa macam blog ni banyak buat aku habis masa macam tu je. tapi blog ni bagus gak kadang-kadang sebab bila kita rasa happy , sedih , kecewa dan segala-galanya kita just tulis je dalam blog. apa orang nak kata lain kira la sebab at least kita rasa lega perasaan itu di expresskan.betul tak ?

aku update blog kali ni sebab aku nak bagitau dunia betapa aku bersyukurnya aku ada kawan-kawan yang sangat hebat. kawan yang boleh berkongsi suka duka jerit payah kehidupan.so aku tujukan poem di bawah ni buat semua sahabat-sahabat ku yang hebat dengan ucapan i love u so much ! Alhamdulillah , thanks Allah for giving me such a great friends ! :')


Your friendship is special
Like the flowers that bloom,
Or when a butterfly emerges
From within its cocoon...

You remind me of that butterfly,

Loving and free,
Bright and colorful,
For the world to see...

We will share sunshine and rainbows;

Sometimes, the rain and the snow;
We'll stand together through it,
While the cold winds blow...

When the time is right,

We won't stop to ask "Why?"
Our friendship will take flight
On the wings of a butterfly ... 


by Christine McClimans

p/s : pelik betul la.aku dah lama gila xupdate blog tapi nuffang still bagi buffering earning.why ah ?

Monday, October 3, 2011

oh perempuan !

Salam sayang ,


hello peeps , hari ni saya nak tayang gambar saya yang super comel , jom tengok comel ke tak , jangan lupa komen sekali ye.kalau boleh komen yang pedas-pedas lagi berapi sikit ye. terima kasih awak semua. sayang awak ketat-ketat sampai tak boleh nak nyawa.heh -.-'

gambar bajet comel haruslah letak sebesar alam ye anak-anak


that's the typical thing yang budak perempuan zaman sekarang suka buat. it is the GAMBAR bajet comel nak mampus ! yela sekarang zaman dah maju. budak-budak sekarang pun paling cikai ade handphone berkamera , paling tidak blackberry mungkin ? zaman aku dulu nak dapat Nokia 3310 pun susah nak mati.

Di sebabkan kecanggihan dunia sekarang ni juga wujudnya budak-budak perempuan bajet comel nak mampus . Nak bukti yang nyata lagi kukuh ? ala , senang je.korang g buka pesbuk kesayangan korang tu , try la tengok budak-budak perempuan yang baru nak meningkat naik tu mostly akan ada satu album gambar dia saja.ade jugak yang letak sampai 10 album muka dia saja , al-maklumlah pesbuk tu memang milik dia.

Nak letak gambar dia saja dalam satu album tak kisah la , yang aku kisahnya diorang suka letak gambar yang buat muka comel habis , tak kurang juga muka yang annoying bajet bagus habis then the caption letak macam nak mintak pelempang patploh kal , contohnya :

'oh , buruk gila i buat muka macam tu tapi takpe janji pakwe i sayang i' - perempuan bajet comel

tak kurang jugak ada yang edit gambar gila-gila sampai satu jerawat pon xda dan sampai jadi putih gila then tulis caption macam ni

'alamak , muka i dah gelap sikit la' - perempuan hitamputih

then bila orang komen

'ala , comel la u dear'
'u cantik la mana ada buruk'
'u so shuuuuuweeet , nak ngorat boleh?'
'putih melapak siot minah ni'

dia akan jawab

'eh mana ade , buruk la.hikhikhik'
dengan gaya pipi merah menyala dan hidung kembang sebesar alam
buat aku rasa nak muntah pon ade.dan juga buat aku rasa macam nak lempang patploh kali tapi apakan daya tak sampai jadi aku pon komen la.

'dah tau muka buruk bila bt camtu yang pegi buat and tayang kat orang tu buat apa ? '
' dah kau memang hitam terima jela kenyataan , ape Allah bagi tu bersyukurlah '

Kepada budak-budak perempuan yang di luar sana , hati-hati la letak gambar kat facebook tu.kalau ada orang curi buat benda-benda tak elok kan susah ? kita asyik salahkan orang bila something menimpa diri kita tapi sedarkah kita sebenarnya kita sendiri yang campakkan diri dalam masalah ?

so fikir-fikirkan.maaf jika penggunaan ayat aku terlalu kasar dan menguris hati but point aku sebenarnya nak suruh korang hati-hati terutamanya buat kaum hawa.peace yo ! salam :)

qoutes of the day :
menjadi WANITA itu mudah , namun menjadi WANITA yang LUAR BIASA itu sukar :) - SNS

Saturday, October 1, 2011

cara mudah nak hindarkan kewujudan FAKER(s)

Salam sayang ,

halo blogger , halo malaysian , halo people , halo worlddddddd ! hari ni hujung minggu aku luangkan sedikit ruang waktu dalam kehidupan aku yang agak super bz minggu ni untuk berkongsi satu pandangan tentang FAKER.

sapa tak tahu ape itu FAKER sila pergi cari sendiri dalam kamus or google translate.jangan nak malas sangat ok ? thanks :)

seperti yang korang semua tahu orang yang paling banyak faker(s) adalah blogger dan selebriti.tapi kat sini aku nak tekankan more to blogger(s) la. kalo tengok kat facebook banyak je faker ni. aku xtau la kenapa diorang jadi faker. tapi bagi pendapat aku diorang jadi faker ade 5 sebab which are :

1) nak cepat famous macam mee segera cap makdia.
2) sebab xde identiti sendiri.
3) sebab fanatik sangat dengan seseorang tu
4) sebab kes dengki/nak menjatuhkan seseorang
5) sebab xreti bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat diri tu

ade lagi nak tambah ? silakan jangan malu jangan segan ye.

okeh , now move on to the next things.cara nak hindar FAKER(s) yang sangat bajet ni.untuk golongan-golongan yang banyak faker ni , korang try la amalkan benda ni , hope dapat membantu mengurangkan masalah di atas.kalau tak dapat hilangkan , dapat kurangkan pun boleh ye dak?

Tips nak kurangkan FAKER(s) :


1) privatekan gambar-gambar korang especially gambar SOLO !
2) jangan percaya sangat dengan orang yang tak dikenali even muka dia suci gila
3) ayat tu biarlah beradab kalo berkomunikasi dengan orang even musuh sendiri.

aku rasa tu je kot sebab mostly aku tengok blogger-blogger ni terutamanya PEREMPUAN suke letak gambar banyak-banyak especially dekat fan page diorang.memang senang la FAKER(s) nak copy paste.

Pernah dengar qoute ni:


pokok tak akan bergoyang kalau takde angin

tak paham qoute ni ? meh aku translate direct : Faker(s) tak akan dapat curi gambar korang melainkan korang sendiri yang biar gambar tu dicuri.It's means , korang yang letak kat facebook , senang la orang nak amek.

tak paham lagi ? malas ah nak explain.pikir sendiri ah , tak kan dah besar macam anak gajah pon aku nak ajar lagi.manja siot kau kalau macam tu perangai.phewwww =.='

okie dokie , selamat membanteras para FAKER korang tu.tu la , sapa suruh popular sangat , kan dah banyak faker , padan muka ! okeh yang tu gurau.hehe.salam sayang :)

qoute of the day :
ajal datang tak kira usia.jangan bongkak dengan tuhan.tubuh kita hanya pinjaman 
- SNS -

Friday, September 30, 2011

orang BARU dalam dunia blog

Salam sayang , 

hari ni hari first tulis entry BARU. menjadi orang BARU dalam dunia blog. siapa aku ? abaikan kerana aku menulis bukan kerana nama. it's had been a month aku tak menulis , opsss menaip actually. jari dah mula rasa kekok. dan dah tumbuh cendawan dah rasanya ni. haiyaaa -..-

kali ni aku nak menulis secara random dan ikot suka hati aku sebab aku rasa blogging ni tiada limit. lantaklah apa orang nak cakap , ni blog aku , aku punya pasal la kan ? tapi kadang-kadang kena amek kira jugak kan ?

sebab utama aku BEREHAT sementara dalam dunia blog ni ade 3 sebab :

1) sebab aku busy gila-gila kalah mamak buat roti canai kat depan rumah mak senah.
2) sebab aku rasa macam fedup gila nak update blog . banyak sangat pancaroba dunia , kes-kes xpuas hati la , nak menjatuhkan orang la , ape benda bagai.dah macam blog ni benda yg terpenting je dalam hidup korang kan ? chill la weh !
3) sebab aku MALAS , teheeee :P
untuk entry PERTAMA aku ni , aku nak bagitau tu je.okeh , jumpa lagi kalo sudi , peace yo !