La hawla wala quwwata illa billah.

Monday, October 3, 2011

oh perempuan !

Salam sayang ,


hello peeps , hari ni saya nak tayang gambar saya yang super comel , jom tengok comel ke tak , jangan lupa komen sekali ye.kalau boleh komen yang pedas-pedas lagi berapi sikit ye. terima kasih awak semua. sayang awak ketat-ketat sampai tak boleh nak nyawa.heh -.-'

gambar bajet comel haruslah letak sebesar alam ye anak-anak


that's the typical thing yang budak perempuan zaman sekarang suka buat. it is the GAMBAR bajet comel nak mampus ! yela sekarang zaman dah maju. budak-budak sekarang pun paling cikai ade handphone berkamera , paling tidak blackberry mungkin ? zaman aku dulu nak dapat Nokia 3310 pun susah nak mati.

Di sebabkan kecanggihan dunia sekarang ni juga wujudnya budak-budak perempuan bajet comel nak mampus . Nak bukti yang nyata lagi kukuh ? ala , senang je.korang g buka pesbuk kesayangan korang tu , try la tengok budak-budak perempuan yang baru nak meningkat naik tu mostly akan ada satu album gambar dia saja.ade jugak yang letak sampai 10 album muka dia saja , al-maklumlah pesbuk tu memang milik dia.

Nak letak gambar dia saja dalam satu album tak kisah la , yang aku kisahnya diorang suka letak gambar yang buat muka comel habis , tak kurang juga muka yang annoying bajet bagus habis then the caption letak macam nak mintak pelempang patploh kal , contohnya :

'oh , buruk gila i buat muka macam tu tapi takpe janji pakwe i sayang i' - perempuan bajet comel

tak kurang jugak ada yang edit gambar gila-gila sampai satu jerawat pon xda dan sampai jadi putih gila then tulis caption macam ni

'alamak , muka i dah gelap sikit la' - perempuan hitamputih

then bila orang komen

'ala , comel la u dear'
'u cantik la mana ada buruk'
'u so shuuuuuweeet , nak ngorat boleh?'
'putih melapak siot minah ni'

dia akan jawab

'eh mana ade , buruk la.hikhikhik'
dengan gaya pipi merah menyala dan hidung kembang sebesar alam
buat aku rasa nak muntah pon ade.dan juga buat aku rasa macam nak lempang patploh kali tapi apakan daya tak sampai jadi aku pon komen la.

'dah tau muka buruk bila bt camtu yang pegi buat and tayang kat orang tu buat apa ? '
' dah kau memang hitam terima jela kenyataan , ape Allah bagi tu bersyukurlah '

Kepada budak-budak perempuan yang di luar sana , hati-hati la letak gambar kat facebook tu.kalau ada orang curi buat benda-benda tak elok kan susah ? kita asyik salahkan orang bila something menimpa diri kita tapi sedarkah kita sebenarnya kita sendiri yang campakkan diri dalam masalah ?

so fikir-fikirkan.maaf jika penggunaan ayat aku terlalu kasar dan menguris hati but point aku sebenarnya nak suruh korang hati-hati terutamanya buat kaum hawa.peace yo ! salam :)

qoutes of the day :
menjadi WANITA itu mudah , namun menjadi WANITA yang LUAR BIASA itu sukar :) - SNS

13 comments:

Detective Fiqa said...

yeah betul3 :) harap sy tak tergolong dgn org yg macam tu ^^

Cik Tetra said...

betul2,setuju sgt.. ;)

budak ketot said...

betul tu betul! bajet comel jah.. huhu

coklatberapi said...

hee sangatlah setuju;))

IEQAH said...

ye ieqah setuju..yelah kekadang terkhilaf sbgai manusia..nk jwb salah..nk diam pn ada slahnya kn

farisha adnan said...

setuju.. dap ah entry nie...

Cik Nurul said...

tu la psl org ltk gmbr kucing je buat prof pic =)

mimi meme said...

stuju bangettt sih!! ahahaha..tumpang singgah *budak baru nk bblog @ comel..ahahaah

nik lan nik mat said...

cik putih fst ke?

iyliabelagaksangat said...

setuju yihakkkk

Sakinah Lo said...

Betullah bab ni... gua pun menyampah nak mampus.... semua letak gmbr cute ala2 korean, mulut t'juih sana-sini la.... haha... so pity la for those kids

Iqani said...

dah bnyk kli tgok kejadian tk mengaku comel.. but, buat muka bajet comel. nasib baik mmg comel.

HOLYCBLOG said...

nice info!!!