La hawla wala quwwata illa billah.

Monday, February 6, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Part 3



Wajah itu memandangku dengan senyuman penuh ikhlas . Aku tidak mampu membalas, aku tewas hanya kerana syuman itu membuatkan aku rasa seperti telah dihantar ke neraka. Rindu pada abah dan ibu tidak lagi bawa erti saat aku menyesali kekilafan ku ini. Abah menghampiriku dan menghulurkan tangan yang aku sembut dengan linangan air mata , aku berdiri sambil memejamkan mata yang sarat dengan limpahan air mata tanda aku amat merindui saat –saat seperti ini. 

Pelukan aku bertambah erat ,mulut ini dengan ringan mengungkapkan rasa bersalah ,dan ucapan maaf yang selama 15 tahun yang lalu telah aku kunci kalimat itu jauh di ceruk sanubariku. Abah, maafkan Sofiey..Maafkan segala dosa Sofiey pada abah dan ibu selama ini, sejak Sofiey berjaya masuk ke universiti sehinggalah Sofiey bergelar komposer yang popular , Sofiey tidak pernah sekali pun menjenguk abah dan ibu. 

Abah,maafkan Sofiey , Sofiey tak sanggup teruskan hidup ini tanpa abah dan ibu bersama Sofiey. Tolong jangan tinggalkan Sofiey , terkeluarlah mutiara kata itu daripada mulut seorang anak yang derhaka. Ungkapan yang tersadur keikhlasan hati khas buat abah.Pelukanku itu disambut dengan erat dan dapat ku rasakan ke hangatan air mata yang turut menitis jatuh di bahuku.Aku yakin abah dapat menerimaku kembali.

Abah merenggangkan pelukan dan apabila mata kami bertemu, barulah aku sedar yang aku peluk itu bukan abahku. Dia seorang lelaki tua yang berkulit cerah,berhidung mancung seperti seorang anak peranakan, tetapi masih jelas di sudah berusia. Lelaki itu mengesat ari matanya yang bersisa. Aku yang masih lagi terpaku dalam kekeliruan hanya mampu  menyambung sendu yang baru sebentar tadi telah terubat. Rupanya yang aku berpelukan degan orang lain , sedang mataku berilusi bahawa itu adalah abah. 

Aku masih tidak mampu menerima hakikat yang abah dan ibu telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Tangisan kali ini membawa aku kepada banyangan susuk tubuh yang lebih meleburkan keegoaan aku sebagai lelaki.Demi dia yang selama ini aku kongsi senyum, tawa, kegembiraan dan dihadapannya juga setiap tangisanku sentiasa diubatkan dalam dagapan kasih sayangnya.


bersambung...



No comments: