La hawla wala quwwata illa billah.

Tuesday, November 8, 2011

Jenis-Jenis Manusia di Facebook :)

Salam sayang , 


hari ni nak kongsi pasal facebook la boleh ? ehehe , seperti yang kita tahu kat facebook ni kita boleh tengok macam-macam jenis perangai manusia.kat bawah ni jenis-jenis manusia yang kita biasa tengok kat facebook kan ? :)

  • MODEL : Tukar gambar setiap hari 
     
  • PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari.
     
  • OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) 
     
  • WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting ! 
     
  • PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) 
     
  • BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit 
     
  • BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-' 


  • PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan kegiatan menjengkelkan bersama suami, tunang mahupun boyfren. Mcm die sorang ade suami, tunang/boyfren! Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-') 
     
  • MENUNJUK-NUNJUK : Setiap saat nk cerita kebahagiaan hidup die.. Yelah..suami, tunang/boyfren ko la y paling baik dan ensem dlm dunia ni! MOTIFFF? : Takut dirampas org kot 
     
  • BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gamabr dengan mulut muncung macam nak bercium, ingat cantek ke macam tu?)
     
  • SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu & buat profile picture.


  • FOREVER ALONE : suka buat status & like sendiri.ataupon bahasa mudah syok sendiri


  • KING/QUEEN OF LIKE : setiap inci benda yang ada kat facebook tu dia akan LIKE , tak de keje lain mungkin ?

aku dapat benda ni kat status facebook kawan aku.benda ni saja just  joking-joking tau.no hard feeling okay ? peace ! :) 



Monday, November 7, 2011

Experiment Photog :)

Salam sayang , 



rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam di seluruh negara.moga tahun ni pengorbanan kita lebih bermakna.cewahhhh ayat ! :P


ok tutup jap cerita pasal raya.aku nak kongsi ngan korang pasal satu hobi aku yg aku rasa dah jadi trend sekarang kot.PHOTOGRAPHY


aku punya passion terhadap photography amatlah tinggi sehinggakan aku sanggup beli DSLR guna duit sendiri beb ! masa tu DSLR bukan murah beb , mahal siot.aku jeles tengok budak-budak zaman sekarang sebab mintak je terus dapat..ouh , jeles ! =.='


aku baru sangat-sangat dalam bidang ni , banyak lagi aku kena belajar.so photographer yang hebak-hebak kat luar sana , aku harap korang boleh beri tunjuk ajar n komen yang bernas supaya aku dapat improve hasil karya aku.thanks :)


ok , ni antara hasil experiment aku.


first time makan tutti frutti , jakun ! =.='


light trail jiwa kacau 
cousin aku , dia memang suka amek gambar :)
adik lelaki gua :)
bokeh bintang buat sendiri , xberapa jadi :(
ala tomey tomey <3
bokeh atas jambatan berdekatan dengan The Mines 
 first try buat bokeh love yang dibuat sendiri , failed , tangan gegar =.='
yang ni first try bokeh bintang yang tak jadi gak , tangan gegar =.='


moral of the story , gua kena beli filter holder.ok bye :P

Friday, November 4, 2011

Fakta Menarik Mengenai Tidur :)

Salam sayang ,





Hari ni aku nak kongsi some " Interesting Fact About Sleep " or dalam bahasa melayunya " Fakta Menarik Mengenai Tidur " kalo rasa benda nak share benda ni , anda amat-amatlah di alu-alukan ye:)

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja? Kurang tidur boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. 


Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stress , kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. 


Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja. 


Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. 


Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. 


Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. 




  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. 
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar. 
  • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 
  • Suhu tubuh  akan menurun secara drastik menjelang pagi.
  • Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.


ok , sampai situ je.have a good sleep everyone ! ;D