La hawla wala quwwata illa billah.

Friday, February 3, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Part 2



Boleh dikatakan majoritinya telah tergolong dalam kalangan warga emas. Sedikit pun tidak aku hairan fenomena itu, seperti kata teman karibku Denny 'Opey,kau tau tak ,yang kita tengok tadi jalan pergi surau tu, semua golongan RTM'. Masih segar dalam ingatan aku peristiwa sebelum masuknya waktu solat fardu Isyak pada malam itu. Mulanya aku bingung, tapi RTM yang dimaksudkan Denny,adalah golongan ‘Rehat Tunggu Mati’. Peristiwa itulah merupakan kenangan terakhir aku bersama Denny sebelum aku kehilangan seorang teman karibku. 

Denny ditemui mati dibunuh secara kejam. Mayatnya ditemui di dalam sebuah loji pembentungan di Setapak ,Kuala Lumpur. Aku yakin ini semua angkara geng ‘Along’ yang telah lama mengugut Denny kerana tidak melunaskan hutang kepada mereka. Apakah nasib dia di dunia sana? sedangkan ketika hayatnya, segala bentuk kejahilan ,kami lakukan bersama, ibarat isi dengan kuku. Slogan jahiliah kami selama hidup sebagai teman,’hidup hanya sekali,jadi kita mesti enjoy !!’. Ternyata sekarang dunia enjoy dia telah tamat awal sebelum aku menyusul. Sebak pendamping setia aku itu.

Sesedar dari lamunan aku mendengar seruan i’qamat. Aku yang dari tadi bersandar di penjuru surau mula merasa tidak tenteram kerana semua mata yang ada memandang sinis kepada aku. Pada hematku ,yang belegar di kotar fikiran meraka adakah orang yang  berpenampilan seperti aku akan menyertai saff untuk mengerjakan solat? Masakan mereka tidak berfikir sebegitu, aku yang duduk seperti orang kalah judi, degan berbaju t-shirt hitam dengan lambang rock metal terserlah di dada, berseluar jean lusuh. 

"Aah,mereka ingat aku jahil sangat.mereka tidak tahu yang aku  bekas ketua pelajar sekolah menegah agama. Satu ketika dulu aku  johan taddarus , dalam Majlis Tadarus Quran (MTQ), peringat Negeri Perak. Kalau setakat  berdiri di halayak untuk memberi tazkirah spontan dengan sulaman potongan dalil-dalil yang ampuh, menjadi rutin mingguan aku di sekolah dulu. Sebut saja nama Abdullah Sofiey Mansor, satu sekolah hormat dan kagum dengan kebolehan aku" bisik hati aku dengan penuh bangga. Pandangan mereka aku balas dengan jelingan tajam,petanda bahawa aku bukan sebarangan orang yang boleh diperlekehkan dengan padangan murahan mereka itu.

Aku berdiri dalam barisan saff di bahagian paling hujung, bermula dari takbir hingga memberi salam di akhir  solat, aku hanya mengikut  tindakan  makmum di sebelahku. Saat solat aku merasa begitu kosong, fikiranku hanya tertumpu untuk meniru gerakan seorang tua berbadan gempal di tepiku itu. Sesudah memberi salam aku terus bangun dan pergi ke sudut tempat aku termenung sebentar tadi. Sedikit pun aku tidak menghiraukan mata makmun lain yang memandangku. Pada ketika itu baru aku sedar yang sebentar tadi aku solat tanpa  mengambil wuduk."Aah..persetankan itu semua" bentak hatiku.

Ketika duduk aku terkedu melihat satu raut wajah yang masih berada di dalam saff. Wajah itu tidak sepatutnya wujuh lagi kerana jasatnya baru pagi tadi disemadikan. Aku pejamkan mata sambil menekan-nekan pundak kepalaku. Itu wajah abah. Aku amat pasti raut wajah itu, memang benar itu wajah insan yang selama aku hidup besamanya tidak pernah sekali pun dia bertindak kasar atau memarahi ku, nasihatnya dengan tutur kata penuh hikmat , seringkali membuat aku terperangkap dengan rasa bersalah atas tindakan buruk yang aku lakukan. 

Insan itu satu ketika dulu pernah berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk membelikan aku sebatang pensel kayu berharga tiga puluh sen, insan itu juga yang satu ketika dulu hampir lumpuh kerana menyelamatkan aku dari terkena patukkan ular tedung selar.” Tidak mungkin,tak mungkin..!”suara jeritan batin ini diiringi dengan titisan air mata derita.

"DERITA,derita ini yang terlebih dahulu aku bayar untuk semua pengorbanan abah dan ibu, DERITA yang  telah mereka tempuh selama 15 tahun. Mereka makan berulam DERITA rindu, mereka tidur berbantalkan DERITA  kenangan keranaku,mereka bersawah sambil membanting derita kecawa, mereka menyambut ketibaan syawal dengan DERITA  kesunyian, sedangkan yang  mereka impikan cuma  jasadku di depan mata ,tapi yang mampu mereka peluk hanya bayangku semata-mata. 

Akhirnya, mereka memejamkan mata dengan membawa DERITA cinta kerana punyai anak derhaka seperti aku. Anak lelaki tunggal yang  terlebih dahulu telah menganugerakan mereka rentetan derita yang berpanjangan hingga ke akhir hembusan nafas mereka di dunia ini.Dimana aku ketika itu? aku sedang  kekenyangan berpesta, aku sedang asyik mengulik tubuh wanita, aku  turuti semua  nafsu setan yang semestinya dusta.


bersambung....


Mencari Jalan Ke Syurga - Part 1

No comments: