La hawla wala quwwata illa billah.

Friday, February 10, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Akhir



Pagi tadi, saat penggebumian jenazah pasangan suami isteri, Haji Mansor dan Hajah Rahmah di Tanah Perkuburan Kampung Serindid. Pak Long Yunus datang kepada ku yang sedang kebingungan di luar pagar tanah perkuburan sedang orang lain beransur keluar. Tidak jauh dari tepi pagar itu kelihatan tanah kuburan yang masih merah. Pak long menghulurkan kepadaku sepucuk sampul kertas. Sedikit senyuman pun tidak diberikan kepadaku.

Cuma satu baris ayat dihadiahkan kepadaku ‘Tahniah Sofiey kamu telah berjaya menjadi anak derhaka' suaranya jelas berbaur rasa hampa dan geram. Selama dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung, aku sama sekali tidak merasa bersalah atau sedih kerana kau yakin bahawa Pak long yang menghubungi aku semalam hanya berbohong tentang kematian ibu dan abah dalam kemalangan semasa mereka baru pulang dari masjid.

Tanganku  menggeletar membuka sampul kertas itu seterusnya membawa keluar sepucuk surat.aku menarik nafas sedalam yang mungkin.

          'Untuk anak ibu,ketahuilah anakku sayang,betapi selama hampir 15 tahun ini ibu terlalu merindui kamu. Setiap kali ibu buka mata untuk bangun solat subuh , perkara pertama yang terlintas pada hati dan fikran ibu adalah kamu sayang. Setiap kali ibu melihat Haikal, sepupu kamu pulang dari sekolah dan dari jauh ibu perhatikan dia terus menyalami dan mencium pipi mak Long kamu, ibu akan teringatkan kamu yang tidak pernah lupa menyalami dan mencium pipi ibu setiap kali kamu pulang sekolah. 
          Sofiey, terus terang ibu katakan ,ibu amat merindui saat  itu.Pada setiap  hari juga ibu memasang keyakinan  bahawa kamu akan pulang. Tapi persoalan bila ? buat ibu terasa tidak tertanggung derita rindu kepadamu anakku , begitu juga abah. Bilik Sofiey telah ibu kemaskan, baju melayu biru kesukaan Sofiey, masih lagi tergantung di dalam almari, maaf ye anakku, baju itu telah lusuh. Setiap minggu ibu akan basuh baju kesanyangmu itu. Itu sahaja yang mampu ibu buat untuk mu anak yang ibu rindui ini. 
          Maaf, kerana tidak dapat menyambut kepulanganmu , jangan Sofiey bimbang setiap kesalahan Sofiey telah kami ampunkan dalam setiap doa kami ketika solat. Keredoaan kami buat Sofiey selama ini tidak pernah luntur walau sejauh mana, atau setinggi mana kebencian Sofiey pada kami. Sofiey, ketahuilah kalau Ibu ini mampu menggatur ajal,sudah pasti akan ibu percepatkan ajal ibu, kerana ibu tidak mampu meneggung lagi kerinduan ibu pada anak ibu ini. Barulah ibu tahu kadang kala dalam hidup ini orang yang paling kita sayanglah adalah orang yang paling payah untuk disayangi. 
          Maaf, maaf, maaf, kalau ada kelakuan kami yang buat Sofiey berdendam dengan kami. Kami telah lama memaafkan Sofiey,sejak Sofiey keluar ke dunia ini,kerana cinta ibu dan abah buat Syofiey tampa sebarang syarat.Salam sayang dan rindu.'

Surat rintihan rindu seorang ibu pada anaknya. 'Cinta tanpa syarat' tiga patah kalimah keramat itu telah mampu membuat hati anak derhaka seperti aku hancur. Doa seorang ibu yang menanggung barah kerinduan pada anaknya membawa aku pulang ke kampung ini. Sejarah aku menjadi seorang anak kepada ibu dan abah hanya tinggal  kenangan,yang mampu aku sambut hanya ucapan salam rindu dari seorang ibu yang padanya letak segala-galanya. Sepatah ucapannya akan menjadi modal untuk aku bayar nilai sebuah kejayaan  kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ucapan redonya mampu menjadi perisai untuk aku   mengharungi liku hidup ini.

Orang tua yang aku peluk tadi masih berada bersamaku, menenagkan aku. Dialah orang tua yang aku lihat termenung di jendela petang tadi. Orang tua itu, cuba menenangkan aku,katanya 'Anak, air mata xkan dapat menghidupkan insan yang telah mati, air mata juga tidak dapat menyelesaikan apa yang terbuku di hati. Melain engkau mengubah diri menjadi insan baru . Keluarlah dari kepompong kejahilan kerana dunia ini akan terus perputar memberikan peluang kepada meraka yang mahukannya.' kata-katanya sarat dengan makna. Ye, yang aku nampak sekarang ini adalah untuk mencari jalan ke syurga...