La hawla wala quwwata illa billah.

Sunday, November 25, 2012

Panduan Qunut Nazilah

Assalamualaikum. 



     Sepertimana yang kita ketahui, keadaan di Gaza  adalah cukup dahsyat buat masa ini. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat serangan Israel terhadap Gaza antaranya boikot barangan Israel, menghantar bantuan makanan dan keperluan perubatan dan yang paling lazim adalah senjata DOA.

    Bagi yang tidak begitu berkemampuan untuk melakukan usaha-usaha yang melibatkan duit, anda disarankan untuk membuat cara ini iaitu membaca QUNUT NAZILAH. Apa itu qunut nazilah dan bagaimana perlaksanaanya? Sebagai pengenalan saya ingin kongsikan bersama anda apa itu qunut nazilah.

1. Maksud Qunut Nazilah

    Qunut (قنوت) memilik banyak makna, namun dalam hal ini, yang dimaksud adalah berdoa kala berdiri dalam shalat.

    Nazilah (نازلة) artinya: Bencana yang sangat berat. Jamaknya adalah nawazil (نوازل)
Maka, yang dimaksud Qunut Nazilah secara umum adalah doa yang dipanjatkan saat berdiri dalam shalat apabila terjadi bencana bencana besar yang menimpa kaum muslimin secara masal. Seperti adanya pihak yang memerangi kaum muslimin, kelaparan masal, wabah penyakit atau sebagainya.

    Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Yaitu dalam bentuk memanjatkan doa kepada Allah Ta'ala. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslim.

    Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.

    Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
    Qunut Nazilah sunah dilakukan apabila ada sebab-sebab yang melatabelakanginya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, "Qunut ini disunahkan ketika terjadi musibah besar. Pendapat ini merupakan pendapat ulama fiqih dari kalangan Ahli Hadits. Hal ini juga dinyatakan para Khulafa Rasyidin." (Majmu Fatawa, 23/108)

 2. Tatacara/Perlaksanaan Qunut Nazilah

  • Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
  • Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
  • Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
  • Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.


3. Lafaz dan Maksud Qunut Nazilah


Semoga info ini bermanfaat untuk semua, insyaAllah. Aminn. 
Selamat beribadah semua :)

Friday, September 21, 2012

Jumaat Sayyidul Ayyam :)



JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: 


“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: 


“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 


“Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: 

“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: 

“Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).


Sumber : 

Wednesday, August 15, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhirku :')


Pukul 3.30 pagi waktu tempatan aku masih tak boleh nak lelapkan mata, entah mengapa sejak kebelakangan ini susah sangat nak tidur awal, insomnia mungkin. Tapi sejak kebelakangan ini jugak aku ada satu masalah yang memang aku rasa benda ni macam masalah biasa pada awalnya. Lately memang suka sangat sesak nafas masa nak tidur. Aku ni ada satu jenis alahan yang agak pelik iaitu alah pada cuaca sejuk.Kalau hujan or duduk dalam tempat beraircond lama sangat mula lah aku nak demam, tapi takde lah pulak sampai nak sesak nafas. hmmm, pelik jugak.

So far, buat masa ni aku belum pergi klinik or hospital untuk buat medical check-up, aku ni memang susah nak jumpa doktor dan memang tak berapa suka jumpa doktor. Entah, aku rasa awkward. Alasan ! *kekeke

Kadang-kadang aku macam dapat rasa Ramadhan kali ini macam ramadhan terakhir aku. Entahlah rasa sayu sangat-sangat nak tinggalkan ramadhan tahun ni. Preparation untuk raya pun macam malas je nak buat. Padahal kalau ikutkan, time nak dekat raya aku paling semangat nak beli baju raya bagai. *haha
Satu lagi, tahun ni sebenarnya aku teringin nak pakai baju kurung putih untuk raya. Padahal aku bukan minta warna putih sangat, entah mengapa. perasaan itu terdetik dihati. Tapi adik aku nak tema warna biru, so family decide nak buat tema biru. Tak jadi beli baju warna putih, pakai baju biru tapi tahun ni aku beli baju raya sepasang je.

So sampai sekarang aku masih tak tahu apa masalah aku. Nanti kalau dah tahu aku cakap eh? *macam ada orang nak ambil tahu je :P* Kalau sempat la ea, kalau tak sempan mohon maaf la. Ok, sebelum aku undur diri, aku nak mintak maaf kepada semua yang mengenali diri aku secara lansung/tak langsung. 

Andai ini Ramadhan terakhir. Aku mohon maaf salah silap, mintak halal makan,minum, hutang, ilmu semua la. 
Kita pun tak tahu berapa lama kita boleh hidup ni. So dah ada kesempatan ni aku nak mintak maaf siap-siap la, kot-kot la esok ke minggu depan ke bulan depan ke tahun depan ke aku mati kan? Mana aku tahu, so mintak ampun mintak maaf banyak-banyak la ye. Kepada yang pulang ke kampung tu hati-hati ea. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Semoga selamat sampai ke destinasi. insyaAllah

Assalamualaikum semua (:


                                                                  Info menarik :

Sunday, August 5, 2012

Cinta Special :)



Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak... bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

Saturday, August 4, 2012

Cinta Jarak Jauh

Assalamualikum.

Kali ni nak update entry bergambar. biarlah gambar bercerita :')

Friday, July 27, 2012

Oh My Ramadhan ! - Health Tips :)

Assalamualaikum.

Hey ! How's ur Ramadhan? dah seminggu puasa ni still kuat lagi tak? Anyone that haven't reach Bazar Ramadhan yet? Congratulation, same with me ! hehe.

Ok , now I wanna share some tips that I got on Facebook Doodle Dakwah that I think it is pretty simple to follow.

How to stay healthy and energetic during Ramadhan ? Here are 8 simple tips to keep in mind. Let's practice ! :)

Let's have to take a look ! *Wohoooo*





 







For Full Video do visit my YouTube http://www.youtube.com/watch?v=YopmLgKQvS0

Edited by Nabilah Said

Credits to:
Doodle Dakwah (http://www.facebook.com/DoodleDakwah)

Wednesday, April 18, 2012

Wednesday, April 11, 2012

Petua islam untuk awet muda :)

PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA



  1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
  2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
  10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  13. Amalkan solat tahajud.
  14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  16. Maafkan semua orang sebelum tidur.
 

Thursday, March 29, 2012

Kahwin Awal vs Mati Awal.

Assalamualaikum.



Pada pukul 3.45 pagi aku masih belum melelapkan mata gara-gara untuk menyiapkan tugasan biometri. Gigih xgigihnya kan ? eheeee. Untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk yang sangat ekstrem aku mengambil keputusan untuk mendengar alunan lagu-lagu nasyid yang boleh dikatakan top la.

Entahlah mungkin pada sesetengah manusia , nasyid itu boleh membuatkan mata anda hampir tertutup rapat , tambah tambah time pagi pagi buta macam ni. tapi bagi aku , aku lebih selesa mendengar lagu nasyid kerana alunannya yang tenang dan penuh makna. Ah , sudahlah berpuitis Nabilah ! maaf , aku bukan orang seni , so tak payah aku nak elaborate panjang panjang soal seni musik :P

Yang pastinya aku sangat suka lagu Segenggam Tabah - Inteam. very inspiring ! *clap clap clap ;)

Masa tengah gigih menaip dan melukis graf , tiba tiba ada satu lagu feveret main. Saat Lafaz Sakinah - FarEast. pergh , menyentap jiwa bila menghayati maknanya. tambah tambah mood tengah tengah pagi buta ni mood sentimental lagi menyentap kalbu la.

Entah kenapa lately aku asyik fikir soal perkahwinan dan ada beberapa kali mimpi pasal perkahwinan. tak pasti samada petunjuk dari Allah atau hanya mainan syaitan sahaja. moga moga ada petunjuk yang baik. 

Ya perkahwinan itu memang seronok pada zahirnya , namun pada dasarnya ia memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul dan banyak benda yang berbeza antara sebelum dan selepas kahwin.

Aku tidak mahu jadi manusia dan isteri yang derhaka. Maka dengan itu aku haruslah sentiasa bersiap sedia dan baiki diri aku dulu. Perkahwinan bukanlah perkara main main dalam hidup. Banyak perkara dan hati yang perlu kita jaga.

Ramai manusia sedang berusaha untuk kahwin muda tapi satu benda yang manusia sering alpa termasuk aku. Persiapan untuk mengahadapi mati muda. Adakah anda sudah bersiap sedia untuk menemui Allah dengan amalan yang anda ada sekarang? Adakah anda rasa amalan anda sudah cukup sempurna untuk memasuki syurga Allah ? mari kita duduk sejenak dan muhasabah diri. Hisab diri , moga dengan mengingati mati akan membuatkan iman kita bertambah kepada Allah. insyaAllah :')


Perkahwinan memang nampak seronok dari pandangan mata tetapi hakikatnya ia berat dari segi tanggungjawab - Mama :)

Wednesday, March 28, 2012

Tudung Labuh.

Assalamualaikum,


buat yang kesekian kalinya aku menulis atas dasar pengalaman sendiri. mohon tegur salah dan silap. mungkin bahasa yang aku guna kurang menyedapkan hati kalian.

kisahnya bermula masa aku di tingkatan 5. masa tu ada satu buku tajuk Tautan Hati. pernah dengar bukan ? siapa penulisnya ? tidak lain tidak bukan Ustazah Cinta kita iaitu Ustazah Fatimah Syarha , penulis novel islamik yang terkenal dengan karya-karya beliau. respect sungguh pada beliau sebab dapat tulis buku yang begitu hebat hingga mampu menggetarkan jiwa dan perasaan. subahanaAllah , nikmat akal dan idea yang Allah beri kepada beliau.

Ada apa dengan buku Tautan Hati ? cuba anda cari , baca dan hayati sendiri. Hanya insan yang keras hati sahaja tidak dapat merasakan isi kandungan novel itu. Masih ingat lagi , selepas sahaja aku baca buku itu , hati aku menangis-nangis mengenang dosa semalam. mencurah-curah air mata penyesalan kerana apa ? anda baca sendiri dan rasakannya.

Bermula saat itu lah , aku dengan tekadnya mahu berubah. mahu menjadi wanita solehah , wanita yang dipandang tinggi oleh Allah dan sekalian makhluk kerana wanita merupakan salah satu ciptaan Allah yang terangung.

Start dari aku form 5 , aku cuba mencuri-curi pakai tudung labuh ibuku dan kakak sulungku. Entah kenapa jiwa begitu meronta-ronta ingin menyarungkan tudung labuh ke kepala dan Alhamdulillah , abis tingkatan 5 aku mula bertudung labuh walaupun dipandang sinis dan pelik oleh rakan-rakanku. Mungkin kerana aku tidak biasa berpenampilan begitu sebelum ini. Dan mungkin perubahan itu begitu drastik bagi mereka. Namun hidayah Allah itu tidak dapat dihalang.

Dan kemudiannya aku mendapat tawaran ke Matrikulasi Negeri Sembilan. Di sini , aku jumpa ramai rakan baru. Di sini juga aku mula mengenali istilah akhowat , usrah , uhibbukifillah dan sebagainya. Aku mula join usrah. SubahanaAllah , tautan itu sangat mesra dan kuat. Tautan hati yang ditautkan dengan cinta kepada Allah itu sangat hebat. Masa aku mula bertudung labuh dulu aku seperti dipinggirkan , namun selepas aku mula menjejakkan kaki ke Matrikulasi Negeri Sembilan aku mula belajar tentang erti persahabatan kerana Allah.

Ya Allah , hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada ketika itu. Perasaan dimana anda rasa selamat , senang hati walupun pelbagai dugaan dan masalah timbul dan yang paling indah adalah perasaan dimana anda terasa begitu terjaga dan dilindungi. perasaan ini hanya dapat aku rasa semasa aku bertudung labuh. begitu hebatnya peraturan yang Allah buat. Bilamana kita menutup aurat dengan sempurna , kita akan rasa dilindungi oleh Allah. SubahanaAllah cukup indah perasaan itu :')


Namun segala-galanya berubah bila aku mula masuk UKM. entah mengapa , jiwa dan hatiku cepat benar berubah. mungkin aku salah dan mungkin aku alpa. aku mengaku , aku hamba Allah yang lalai , yang perlu diberi peringatan sentiasa. Aku mula merasakan yang personaliti aku tidak sesuai bertudung labuh kerana aku ni jenis yang orang panggil gila-gila. Dalam hati aku memberi alasan untuk tidak menjejaskan nama baik wanita bertudung labuh baik aku bertudung biasa. kerana pemikiran manusia terhadap wanita bertudung labuh ini adalah wanita yang lemah lembut , menjaga pergaulan dan sopan. Sifat aku yang kadang-kadang havoc, agak kasar dan banyak cakap buat aku rasa ada yang xkena dengan diri aku.

Then aku  mula berpakaian seperti kebanyakkan gadis biasa. keinginan untuk memakai selendang dan shawl datang. biasalah perempuan , terasa terasing kalau tak ikut perkembangan fesyen semasa. Aku masih menutup aurat namun belum cukup sempurna kerana aurat bukan sahaja pada pemakaian. cara jalan , cara bercakap , pergaulan semua itu adalah aurat yang perlu dijaga. Sesekali aku juga melakukan kesilapan itu , biasalah jiwa remaja. suka sungguh dengan benda yang dilarang.

Entah kenapa kini aku merasakan yang diri aku ini terlalu menyimpang jauh dari redha Allah. kerana apa ? kerana aku tidak mampu menjaga auratku dengan sempurna. Aku cemburu melihat wanita solehah. mereka di sayangi oleh Allah , para penduduk langit dan bumi malah mereka sentiasa didoakan dan sentiasa hidup dalam redha Allah.

Ya , aku tahu untuk membuat satu perubahan itu amat sukar dan berat namun aku ingin kembali kepada keadaanku yang dahulu. keadaan dimana aku rasa selamat dan dilindungi oleh Allah. Namun dalam masa yang sama sangat sukar untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi rutin harian hidup kita. Oleh itu aku nak minta semua yang mengenali diri aku untuk tegur dan doakan aku. Dan aku mendoakan supaya lebih ramai gadis/wanita diluar sana berubah kepada kebaikan dan menjadi wanita solehah.insyaAllah

Munutup aurat kerana Allah nescaya Allah pasti akan meredhainya.
Rebutlah redha Allah , rebutlah Cinta Allah nescaya kamu akan hidup dengan aman dan selesa. :')

tudung labuh itu juga satu fesyen :')

Mutiara Kata : Ramai manusia boleh berubah tapi tidak ramai yang boleh istiqamah :)

Saturday, March 24, 2012

Manfaat membela kucing terhadap manusia.

 
 
Assalamualaikum,
 
hye hye , lama aku tak hupdate netry baru kan ? bosangnya hujung minggu ni sebab dok terperap dalam bilik ja. nak keluar malas , nak study lagi la. hew hew hew :3
 
Actually memang tak dak idea nak hupdate entry tapi tadi terbaca satu artikel menarik pasai kucin ni. sapa minta kucin ? angkat tangan angkat tangan ! yeay kita geng , yuhuuuu ! alamak, terlebih lak.
 
kat bawah ni aku nak kongsi beberapa info yang aku dapat dari sebuah blog ni , lupa lak link dia, kalau sapa tahu gtau ea , nak letak credit. Nanti orang tuduh aku plagarism lak, mampus aku kena masuk jail.
 
Ok , tungga apa lagi, jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.


Saturday, February 25, 2012

wanita dan rama-rama.



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. 

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. 

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. 

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly 

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. 

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. 

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. 

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH :)

Wednesday, February 22, 2012

perasaan hati :)


Bismillahirahmanirahim :)

Sesungguhnya aku serahkan sepenuh hati ini kepadaMU ya Allah keranaku yakin Engkau Maha Mengetahui siapa dalam kalangan hambaMU yang layak untukku. Dengan serendah-rendah hati aku memohon, titipkanlah kepada ku hambaMU yang mampu menjadi imam di setiap solatku, ayah yang terbaik untuk setiap anakku, yang mampu menyayangiMU serta mencintaiMU lebih dari segala-galanya dan yang mampu membimbingku ke jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang. Kuatkanlah hatiku ya Allah. Semoga ku akan terus redha dengan segala ketentuanMU ya Allah. insyaAllah, Amin ya Rabb :)


Friday, February 10, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Akhir



Pagi tadi, saat penggebumian jenazah pasangan suami isteri, Haji Mansor dan Hajah Rahmah di Tanah Perkuburan Kampung Serindid. Pak Long Yunus datang kepada ku yang sedang kebingungan di luar pagar tanah perkuburan sedang orang lain beransur keluar. Tidak jauh dari tepi pagar itu kelihatan tanah kuburan yang masih merah. Pak long menghulurkan kepadaku sepucuk sampul kertas. Sedikit senyuman pun tidak diberikan kepadaku.

Cuma satu baris ayat dihadiahkan kepadaku ‘Tahniah Sofiey kamu telah berjaya menjadi anak derhaka' suaranya jelas berbaur rasa hampa dan geram. Selama dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung, aku sama sekali tidak merasa bersalah atau sedih kerana kau yakin bahawa Pak long yang menghubungi aku semalam hanya berbohong tentang kematian ibu dan abah dalam kemalangan semasa mereka baru pulang dari masjid.

Tanganku  menggeletar membuka sampul kertas itu seterusnya membawa keluar sepucuk surat.aku menarik nafas sedalam yang mungkin.

          'Untuk anak ibu,ketahuilah anakku sayang,betapi selama hampir 15 tahun ini ibu terlalu merindui kamu. Setiap kali ibu buka mata untuk bangun solat subuh , perkara pertama yang terlintas pada hati dan fikran ibu adalah kamu sayang. Setiap kali ibu melihat Haikal, sepupu kamu pulang dari sekolah dan dari jauh ibu perhatikan dia terus menyalami dan mencium pipi mak Long kamu, ibu akan teringatkan kamu yang tidak pernah lupa menyalami dan mencium pipi ibu setiap kali kamu pulang sekolah. 
          Sofiey, terus terang ibu katakan ,ibu amat merindui saat  itu.Pada setiap  hari juga ibu memasang keyakinan  bahawa kamu akan pulang. Tapi persoalan bila ? buat ibu terasa tidak tertanggung derita rindu kepadamu anakku , begitu juga abah. Bilik Sofiey telah ibu kemaskan, baju melayu biru kesukaan Sofiey, masih lagi tergantung di dalam almari, maaf ye anakku, baju itu telah lusuh. Setiap minggu ibu akan basuh baju kesanyangmu itu. Itu sahaja yang mampu ibu buat untuk mu anak yang ibu rindui ini. 
          Maaf, kerana tidak dapat menyambut kepulanganmu , jangan Sofiey bimbang setiap kesalahan Sofiey telah kami ampunkan dalam setiap doa kami ketika solat. Keredoaan kami buat Sofiey selama ini tidak pernah luntur walau sejauh mana, atau setinggi mana kebencian Sofiey pada kami. Sofiey, ketahuilah kalau Ibu ini mampu menggatur ajal,sudah pasti akan ibu percepatkan ajal ibu, kerana ibu tidak mampu meneggung lagi kerinduan ibu pada anak ibu ini. Barulah ibu tahu kadang kala dalam hidup ini orang yang paling kita sayanglah adalah orang yang paling payah untuk disayangi. 
          Maaf, maaf, maaf, kalau ada kelakuan kami yang buat Sofiey berdendam dengan kami. Kami telah lama memaafkan Sofiey,sejak Sofiey keluar ke dunia ini,kerana cinta ibu dan abah buat Syofiey tampa sebarang syarat.Salam sayang dan rindu.'

Surat rintihan rindu seorang ibu pada anaknya. 'Cinta tanpa syarat' tiga patah kalimah keramat itu telah mampu membuat hati anak derhaka seperti aku hancur. Doa seorang ibu yang menanggung barah kerinduan pada anaknya membawa aku pulang ke kampung ini. Sejarah aku menjadi seorang anak kepada ibu dan abah hanya tinggal  kenangan,yang mampu aku sambut hanya ucapan salam rindu dari seorang ibu yang padanya letak segala-galanya. Sepatah ucapannya akan menjadi modal untuk aku bayar nilai sebuah kejayaan  kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ucapan redonya mampu menjadi perisai untuk aku   mengharungi liku hidup ini.

Orang tua yang aku peluk tadi masih berada bersamaku, menenagkan aku. Dialah orang tua yang aku lihat termenung di jendela petang tadi. Orang tua itu, cuba menenangkan aku,katanya 'Anak, air mata xkan dapat menghidupkan insan yang telah mati, air mata juga tidak dapat menyelesaikan apa yang terbuku di hati. Melain engkau mengubah diri menjadi insan baru . Keluarlah dari kepompong kejahilan kerana dunia ini akan terus perputar memberikan peluang kepada meraka yang mahukannya.' kata-katanya sarat dengan makna. Ye, yang aku nampak sekarang ini adalah untuk mencari jalan ke syurga...



Monday, February 6, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Part 3



Wajah itu memandangku dengan senyuman penuh ikhlas . Aku tidak mampu membalas, aku tewas hanya kerana syuman itu membuatkan aku rasa seperti telah dihantar ke neraka. Rindu pada abah dan ibu tidak lagi bawa erti saat aku menyesali kekilafan ku ini. Abah menghampiriku dan menghulurkan tangan yang aku sembut dengan linangan air mata , aku berdiri sambil memejamkan mata yang sarat dengan limpahan air mata tanda aku amat merindui saat –saat seperti ini. 

Pelukan aku bertambah erat ,mulut ini dengan ringan mengungkapkan rasa bersalah ,dan ucapan maaf yang selama 15 tahun yang lalu telah aku kunci kalimat itu jauh di ceruk sanubariku. Abah, maafkan Sofiey..Maafkan segala dosa Sofiey pada abah dan ibu selama ini, sejak Sofiey berjaya masuk ke universiti sehinggalah Sofiey bergelar komposer yang popular , Sofiey tidak pernah sekali pun menjenguk abah dan ibu. 

Abah,maafkan Sofiey , Sofiey tak sanggup teruskan hidup ini tanpa abah dan ibu bersama Sofiey. Tolong jangan tinggalkan Sofiey , terkeluarlah mutiara kata itu daripada mulut seorang anak yang derhaka. Ungkapan yang tersadur keikhlasan hati khas buat abah.Pelukanku itu disambut dengan erat dan dapat ku rasakan ke hangatan air mata yang turut menitis jatuh di bahuku.Aku yakin abah dapat menerimaku kembali.

Abah merenggangkan pelukan dan apabila mata kami bertemu, barulah aku sedar yang aku peluk itu bukan abahku. Dia seorang lelaki tua yang berkulit cerah,berhidung mancung seperti seorang anak peranakan, tetapi masih jelas di sudah berusia. Lelaki itu mengesat ari matanya yang bersisa. Aku yang masih lagi terpaku dalam kekeliruan hanya mampu  menyambung sendu yang baru sebentar tadi telah terubat. Rupanya yang aku berpelukan degan orang lain , sedang mataku berilusi bahawa itu adalah abah. 

Aku masih tidak mampu menerima hakikat yang abah dan ibu telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Tangisan kali ini membawa aku kepada banyangan susuk tubuh yang lebih meleburkan keegoaan aku sebagai lelaki.Demi dia yang selama ini aku kongsi senyum, tawa, kegembiraan dan dihadapannya juga setiap tangisanku sentiasa diubatkan dalam dagapan kasih sayangnya.


bersambung...



Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyulam Cinta :)


Di Malaysia, saat menjejak tanggal 12 Rabiulawal, setiap dari kita mula bersiap sedia menghadapi hari-hari yang dinanti. hari cuti umum!. Pada hari cuti umum ini, akan diadakan keraian-keraian Islami yang dipenuhi aturcara mengenang Rasulullah dengan berselawat merdu, bernasyid dan berceramah. Tidak akan ketinggalan walau satu tahun pun, upacara-upacara sebegini akan diadakan. Persoalannya, sejauh manakah sambutan ini benar-benar bermakna pada kita?
Pengulangan dari tahun demi tahun mampu menjadikan sambutan ini sekadar satu upacara ritual yang harus dilaksanakan. Tidak menjadi masalah sekiranya kita hanya mengikut-ikut orang lain pada walnya dengan mengharapkan sebuah keikhlasan beribadah di hujungnya, tetapi amatlah merugikan kerana Maulidurrasul sebenarnya mampu menjadi satu ibadah cinta agung yang mampu mengundang pahala dan syafaat daripada Rasulullah tercinta. Menarik bukan? Tetapi, bagaimana pula caranya?
Segalanya bermula dengan sebuah kisah cinta. Setiap yang dilakukan menjadi lebih bermakna jika dihadiri dengan perasaan cinta. Dengan rasa cinta, kita tidak akan berkira walau sebanyak mana kudrat yang perlu kita gunakan untuk membuktikan sebuah nilai cinta pada insan tersayang. Pasti para pembaca sendiri pernah melakukan sesuatu yang tidak digemari, tetapi harus dilakukan juga atas dasar tanggungjawab. 
Cuba bandingkan dengan suatu perkara yang dilakukan dengan penuh rasa cinta, khas buat orang yang dicintai. Saat hadirnya cinta, yang susah jadi mudah, yang lama jadi sekejap, yang panas pun boleh menjadi sejuk. Inilah pesona dan penangan cinta.
Begitulah juga kita dengan Rasulullah S.A.W. Cinta seharusnya dipupuk dalam-dalam. Andai ada cinta, barulah kita benar-benar dapat merasakan betapa kita menanti-nanti tanggal 12 Rabiulawal. Bukan lagi sekadar kerana sebuah cuti umum yang diadakan dengan pelbagai program mengingati kuputeraan seorang yang ditugaskan menyampaikan risalah Allah, tetapi satu hari teristimewa yang amat dinantikan, untuk dilakukan pelbagai perkara yang mampu membuatkan baginda semakin sayang pada kita semua.

Semestinya perasaan itu tidak mampu hadir serta-merta. Bukan mudah menerbitkan cinta. Bukan mudah juga untuk jatuh cinta. Untuk mencintai, semestinya kita harus mengenali. Bukan cukup kalau sekadar mengenali bibliografi, tetapi harus menganjak jauh mengenali hati budi. Percayalah bahawa, setelah mengenali baginda, terlalu mudah untuk kita jatuh cinta dengan insan agung yang dicintai Allah ini. 
Peribadinya sahaja sudah cukup membuatkan yang mengenalinya tertawan. Mana tidaknya, akhlak baginda merupakan cerminan al-Quran. Pelbagai kisah menarik yang tercatat dalam sirah yang mampu membuatkan kita tersenyum, merindui kehadiran baginda dalam kehidupan kita. Tambahan pula apabila mengetahui, saat hayatnya, kita semua yang tak pernah diketemuinya ini disebeut-sebut, malah hingga ke akhir hayatnya, baginda masih mengingati umatnya dengan lafaz syahdu.. \"ummati..ummati..ummati...\".
Mana mungkin kita gagal untuk jatuh cinta pada baginda?
Bukan setakat mencintai.. Setelah mencintai, pastinya jiwa menggesa untuk berkorban membuktikan cinta. Dengan cinta, lafaz \"Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah\" pastinya lebih bermakna. Kesaksian yang terkepil dengan satu amanah penyaksian misi dakwah Rasulullah yang harus diteruskan sudah tentu menjadi satu azam yang terpasak dalam jiwa. 
Bukan lagi menjadi sebuah tanggungjawab yang dirasakan terpaksa untuk dilangsaikan, tetapi sebagai satu bukti rasa cinta mengharapkan Rasulullah S.A.W turut mencintai kita,mencintai umat yang tegar menuntun perjalanan profesyen utama baginda, profesion seorang pendakwah.
Lafaz selawat "Sallallhu 'ala Muhammad, Sallallahu 'alaihi wasallam" juga mudah dilafazkan dengan getar rasa cinta dalam jiwa. Tiap lafaz dialunkan dengan rasa cinta dan rindu yang cukup mendalam, mengharap syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Lafaz ini pastinya dikumat-kamitkan selalu dengan penuh pengharapan supaya nanti saat ketemu di akhirat, kitalah yang diperhatikan baginda saat baginda berpaling melihat umatnya, dengan senyuman terindah. Subhanallah..betapa indahnya!

Setiap perkara sunat yang diperturunkan juga dapat dilakukan dengan penuh rasa ikhlas, tanpa sedikit pun rasa terbeban. Betapa indahnya kehidupan, apabila tertambahnya sebuah nilai agung yang membuatkan urusan dunia yang asalnya hambar, menjadi urusan akhirat yang akan dihitung ke Syurga. Bersukan bukan lagi sekadar menjadi pengisi masa terluang untuk bersuka-suka, tetapi sesuatu yang besar ertinya pada pemantapan kekuatan ummah apabila ianya disarankan oleh Rasulullah. Membahagiakan ahli keluarga dan jiran tetangga bkan lagi menjadi aksi-aksi sebuah akhlak asasi, tetapi sebuah tanggungjawab yang bernilai Syurga.
Dengan cinta inilah, seluruh kehidupan kita mempunyai roh sebuah kehidupan bernilai akhirat, sejajar dengan matlamat baginda didatangkan kepada umatnya, termasuklah kita, umat akhir zaman. Kedatangan baginda memberi sebuah sinar kehidupan, yang memperjelas jalan-jalan ke Syurga. Semestinya, pilihan berada di tangan kita. Mempertaruhkan sebuah ketaatan dengan satu keterpaksaan, atau menyulam ketaatan dengan sebuah keikhlasan rasa cinta? Tepuk dada tanya selera. 
Akhir kalam, ayuh kita risik-risikkan khabar jiwa kita semua.. Seistimewa manakah nilai sambutan keputeraan baginda pada tahun ini pada kita? juga.. seistimewa manakah baginda Rasulullah dalam 364 hari yang lainnya pada pada kita? Semoga  nanti di akhirat, semua diantara kita berjaya memenangi syafaat dan senyuman Raulullah..
Selamat menyulam cinta.
Eid Milad, Ya Rasulullah....
Kami merinduimu..

Sumber : iluvislam.com