Saat senja meniti garisan waktu petang itu,sebelum buana ini melabuhkan tirai ceria aku melihat susuk seorang tua memerhati dari jendela usang. Kelihatan orang tua itu mengelamun sambil pandangannya dilempar pada satu sudut alam yang tidak berpenghujung ,di melihat langit yang rona jingganya telah menjadi makin pekat sebelum kelam seluruh isi langit itu.
Linangan air mata seribu kekesalan yang aku cuba hentikan dari tadi tidak termampu untuk diempangkan lagi. Kesalahan aku ,kezaliman aku,keangkuhan aku,yang selama ini hanya taksub kepada dunia jahiliah yang aku sendiri cipta dalam diri aku. Hinggalah ke saat ini aku baru tersedar aku dah hilang hampir separuh dari apa yang sepatutnya perlu aku pelihara.
Mencongak akan dosa , memang telah banyak aku berhutang untuk menikmati syuga-Nya. Disaat ini aku hanya sendiri ,yang aku kejar selama ini telah pun aku perolehi ,namun ternyata ia sedikit pun tidak membawa erti untuk hidup bahagia lagi.
“Assalammualaikum,nak..kelihatannya macam sedang dilanda masalah berat ?".Suara perlahan itu,menyentak jiwaku yang sedang menghabiskan sisa air mata.
"Tidak ada apa-apa,pak cik..aku okey” dengan suara selamba aku membalas pertanyaan orang tua itu,sedangkan gejolak jiwa dalam siratan sejarah hidupku cuba aku sembunyikan.
"Kalau begitu,mari kita berjemaah kat surau”. Pak Hanafi dengan sopan mempelawa aku untuk mengikut langkahnya ke surau.
Tanpa bicara lagi aku bingkas bagun dari atas ketulan batu di tebing Sungai Batu Dujarat . Pelik berada di situ hampir dua jam lebih namun aku tidak perasan ada sebuah binaan surau berdekatan tebing sungai itu. Pinggir kampung yang berakhir di hilir sungai Dujarat ini memang agak sunyi dari keriuhan umat manusia, tapi bagiku mungkin hanya dengan bersendirian dan bertemankan senandung suara alam tanpa bicara manusia, mampu mengendurkan sedikit amukkan hati yang penuh kelaraan.
Pak Hanafi terus meneruskan aturan langkahnya ke surau yang hanya sekitar dua puluh langkah dari tampat aku duduk sebentar tadi. Aku menurut langkahnya tanpa lengah lagi. Sampai di depan muka surau itu sekali lagi aku tersentak,terpukau dengan prilaku aku sendiri
"Apa yang aku dah buat nie,aku ke surau ?", sedangkan mendengar laungan azan pun sudah cukup buat aku rimas dan meluat. Tambah-tambah seruan azan waktu subuh, kederasan laungan muazzin bakal disambut dengan caci- maki daripada aku yang asik mengulik mata yang mengantuk.
Sekiranya pagi itu aku tidur bertemankan Syazlin, aku boleh menjadi separuh gila memaki si pelaung azan,kerana saat bergelumang dengan zina itu buat hatiku kaku. Syazlin ,teman wanita ku telah lali dengan tabiat itu. Jiran tetangga di kawasan kondomunium tempat aku tinggal turut berperasaan seperti Syazlin. Telinga dan mata mereka telah lama ditulikan khas buat aku.
Betapa bangganya aku bila orang sekelilingku tidak mampu berbuat apa,melainkan hanya menjauhkan diri dari aku. Berselisih semasa menaiki lift pun cuba mereka elakakan. Aku tahu, aku telah lama jadi bahan umpatan mereka. Tapi alangkah malangnya aku hari ini,aku menyerah diri dalam keadaan aku sendiri tidak tahu bagaimana perkara itu terjadi.
Kemersik launagan azam magrib yang dikumandangkan pak cik tua yang menegur aku tadi, membuatkan aku merasa satu aliran ketenangan menerjah masuk dalam ke segenap urat nadiku. Setelah sekian lama darah yang mengalir itu diisi dengan lumpur maksiat dan kezaliman ke atas diriku sendiri. Tapi pada ketika aitu lumpur itu ibarat disucikan dengan kalimah kudus mengagugkan satu kuasa yang tidak mampu lagi disanggah kewujudan-Nya. 'Untuk apa aku hidup selama ini ?’ persoalan besar itu dimatikan dengan ketibaan beberapa orang jemaah sekitar Kampung Dalang.
bersambung....
Penulis Asal : Mohamad Ridzuan Mohamad Razali
No comments:
Post a Comment