buat yang kesekian kalinya aku menulis atas dasar pengalaman sendiri. mohon tegur salah dan silap. mungkin bahasa yang aku guna kurang menyedapkan hati kalian.
kisahnya bermula masa aku di tingkatan 5. masa tu ada satu buku tajuk Tautan Hati. pernah dengar bukan ? siapa penulisnya ? tidak lain tidak bukan Ustazah Cinta kita iaitu Ustazah Fatimah Syarha , penulis novel islamik yang terkenal dengan karya-karya beliau. respect sungguh pada beliau sebab dapat tulis buku yang begitu hebat hingga mampu menggetarkan jiwa dan perasaan. subahanaAllah , nikmat akal dan idea yang Allah beri kepada beliau.
Ada apa dengan buku Tautan Hati ? cuba anda cari , baca dan hayati sendiri. Hanya insan yang keras hati sahaja tidak dapat merasakan isi kandungan novel itu. Masih ingat lagi , selepas sahaja aku baca buku itu , hati aku menangis-nangis mengenang dosa semalam. mencurah-curah air mata penyesalan kerana apa ? anda baca sendiri dan rasakannya.
Bermula saat itu lah , aku dengan tekadnya mahu berubah. mahu menjadi wanita solehah , wanita yang dipandang tinggi oleh Allah dan sekalian makhluk kerana wanita merupakan salah satu ciptaan Allah yang terangung.
Start dari aku form 5 , aku cuba mencuri-curi pakai tudung labuh ibuku dan kakak sulungku. Entah kenapa jiwa begitu meronta-ronta ingin menyarungkan tudung labuh ke kepala dan Alhamdulillah , abis tingkatan 5 aku mula bertudung labuh walaupun dipandang sinis dan pelik oleh rakan-rakanku. Mungkin kerana aku tidak biasa berpenampilan begitu sebelum ini. Dan mungkin perubahan itu begitu drastik bagi mereka. Namun hidayah Allah itu tidak dapat dihalang.
Dan kemudiannya aku mendapat tawaran ke Matrikulasi Negeri Sembilan. Di sini , aku jumpa ramai rakan baru. Di sini juga aku mula mengenali istilah akhowat , usrah , uhibbukifillah dan sebagainya. Aku mula join usrah. SubahanaAllah , tautan itu sangat mesra dan kuat. Tautan hati yang ditautkan dengan cinta kepada Allah itu sangat hebat. Masa aku mula bertudung labuh dulu aku seperti dipinggirkan , namun selepas aku mula menjejakkan kaki ke Matrikulasi Negeri Sembilan aku mula belajar tentang erti persahabatan kerana Allah.
Ya Allah , hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada ketika itu. Perasaan dimana anda rasa selamat , senang hati walupun pelbagai dugaan dan masalah timbul dan yang paling indah adalah perasaan dimana anda terasa begitu terjaga dan dilindungi. perasaan ini hanya dapat aku rasa semasa aku bertudung labuh. begitu hebatnya peraturan yang Allah buat. Bilamana kita menutup aurat dengan sempurna , kita akan rasa dilindungi oleh Allah. SubahanaAllah cukup indah perasaan itu :')
Namun segala-galanya berubah bila aku mula masuk UKM. entah mengapa , jiwa dan hatiku cepat benar berubah. mungkin aku salah dan mungkin aku alpa. aku mengaku , aku hamba Allah yang lalai , yang perlu diberi peringatan sentiasa. Aku mula merasakan yang personaliti aku tidak sesuai bertudung labuh kerana aku ni jenis yang orang panggil gila-gila. Dalam hati aku memberi alasan untuk tidak menjejaskan nama baik wanita bertudung labuh baik aku bertudung biasa. kerana pemikiran manusia terhadap wanita bertudung labuh ini adalah wanita yang lemah lembut , menjaga pergaulan dan sopan. Sifat aku yang kadang-kadang havoc, agak kasar dan banyak cakap buat aku rasa ada yang xkena dengan diri aku.
Then aku mula berpakaian seperti kebanyakkan gadis biasa. keinginan untuk memakai selendang dan shawl datang. biasalah perempuan , terasa terasing kalau tak ikut perkembangan fesyen semasa. Aku masih menutup aurat namun belum cukup sempurna kerana aurat bukan sahaja pada pemakaian. cara jalan , cara bercakap , pergaulan semua itu adalah aurat yang perlu dijaga. Sesekali aku juga melakukan kesilapan itu , biasalah jiwa remaja. suka sungguh dengan benda yang dilarang.
Entah kenapa kini aku merasakan yang diri aku ini terlalu menyimpang jauh dari redha Allah. kerana apa ? kerana aku tidak mampu menjaga auratku dengan sempurna. Aku cemburu melihat wanita solehah. mereka di sayangi oleh Allah , para penduduk langit dan bumi malah mereka sentiasa didoakan dan sentiasa hidup dalam redha Allah.
Ya , aku tahu untuk membuat satu perubahan itu amat sukar dan berat namun aku ingin kembali kepada keadaanku yang dahulu. keadaan dimana aku rasa selamat dan dilindungi oleh Allah. Namun dalam masa yang sama sangat sukar untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi rutin harian hidup kita. Oleh itu aku nak minta semua yang mengenali diri aku untuk tegur dan doakan aku. Dan aku mendoakan supaya lebih ramai gadis/wanita diluar sana berubah kepada kebaikan dan menjadi wanita solehah.insyaAllah
Munutup aurat kerana Allah nescaya Allah pasti akan meredhainya.
Rebutlah redha Allah , rebutlah Cinta Allah nescaya kamu akan hidup dengan aman dan selesa. :')
tudung labuh itu juga satu fesyen :') |
Mutiara Kata : Ramai manusia boleh berubah tapi tidak ramai yang boleh istiqamah :)
13 comments:
agree dengan qoutes akhir tu
story akq macam sama yg jadi kat saya..
ya ukhti habibati....tringat kenangan usrah kita kat mtrik...smoga kita sntiasa dlm naungan dan lembayung rahmat kasih sayng Allah....moga Allah sntiasa ttapkan hati kita pda jln kebaikan...insyaAllah...
tak salah pun kita nak berfesyen..yang penting ikut syariat..shawl pun boleh jadi tudung labuh kalau kena caranya..yg penting tutup dada..
Shiema suka entry ni (:
moga kita sentiasa mdpt hidayah drNya
hi syg.
Well, sikit2 tapi biar istiqamah. Itu lebih baik.
Mungkin nabila boleh cuba dengan, menutup aurat dgn sempurna wlupun dgn tidak bertudung labuh?
Cth, pkai shawl, pashmina ke kan, tapi lengan tak sinsing, baju longgar, pakai stokin. Bila dah biasa tu, boleh upkan lagi ke stage yang lebih atas.
Nak buat baik ni, kita kena paksa diri kita untuk disiplin. Lama lama, bila dah terbiasa, rasa syg nak tinggal. Tapi, kena niat kerana Allah tau.
Moga, kita sama sama dapat menjadi bidadari dunia dan bidadari syurga. Berusaha yuk!
-noruamran
like3..
setuju dengan pendapat @noruamran
:))
btol..pakse diri..lme2x insyallah terbiasa..
terharu sangat baca entry nie . nice . buat saya rasa "sesuatu" . rasa nak berubah . huhuu ~ tengs awak ! :)
untuk menikmati kesejahteran,ketengan hati,bertautan mahabbah kepada Allah dan Rasullulah..maka selaku manusi yang sering bertindak mengikat 'hawa nafsu,kita harus lebih,"gila2'.lebih "kasar" untuk mendisiplinkan diri/nafsu.
bila mana kita nampak nur itu hampir kepada kita maka berlailah sekuat hati mendapatkannya keraan bila cahaya hidayah itu berlalu,maka makin sukar untuk kita 'menggetarkan" hati saat,kebaiikan hampir pada diri...
usahalah dengan gila2 lebih keras untuk membuang alasan..dan gantikan dengan penyelesaian yang akan memenagkan Allah dan Rasullulah yang kita sama cintai...
mohon ukhti,teliti tafsiran surah al-insyirah..bagaimana kita PERLU melihat kesukaran yang sedikit dalam jutaan jalan keluar yang Allah telah sediakan buat kita...
sebelum surah ini Allah..telah turunkan surah Dhuha.."sesungguhnya yang akhir itu lebih baik daripada yang permulaannya" ayat 4,,..benar! dalam graf kehidupan manusia kita mendambakan pengakhiran hidup yang baik..keadaan yang lebih baik dari sebelumnya...jadi kita harus MEMULAKAN langkah pertama untuk berubh mencipta pengakhiran yang baik.....
=)
Bella, teringat dlu first time jumpe bella mse kat matrik..lecturemate ku :) biar gila2, asalkn jngn gila...mungkin perubahan tu bole dibuat slow2...Allah melihat pd kekuatan usaha kita bknnya hasil akhir kita..Allahu'alam
Post a Comment