La hawla wala quwwata illa billah.

Thursday, March 29, 2012

Kahwin Awal vs Mati Awal.

Assalamualaikum.



Pada pukul 3.45 pagi aku masih belum melelapkan mata gara-gara untuk menyiapkan tugasan biometri. Gigih xgigihnya kan ? eheeee. Untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk yang sangat ekstrem aku mengambil keputusan untuk mendengar alunan lagu-lagu nasyid yang boleh dikatakan top la.

Entahlah mungkin pada sesetengah manusia , nasyid itu boleh membuatkan mata anda hampir tertutup rapat , tambah tambah time pagi pagi buta macam ni. tapi bagi aku , aku lebih selesa mendengar lagu nasyid kerana alunannya yang tenang dan penuh makna. Ah , sudahlah berpuitis Nabilah ! maaf , aku bukan orang seni , so tak payah aku nak elaborate panjang panjang soal seni musik :P

Yang pastinya aku sangat suka lagu Segenggam Tabah - Inteam. very inspiring ! *clap clap clap ;)

Masa tengah gigih menaip dan melukis graf , tiba tiba ada satu lagu feveret main. Saat Lafaz Sakinah - FarEast. pergh , menyentap jiwa bila menghayati maknanya. tambah tambah mood tengah tengah pagi buta ni mood sentimental lagi menyentap kalbu la.

Entah kenapa lately aku asyik fikir soal perkahwinan dan ada beberapa kali mimpi pasal perkahwinan. tak pasti samada petunjuk dari Allah atau hanya mainan syaitan sahaja. moga moga ada petunjuk yang baik. 

Ya perkahwinan itu memang seronok pada zahirnya , namun pada dasarnya ia memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul dan banyak benda yang berbeza antara sebelum dan selepas kahwin.

Aku tidak mahu jadi manusia dan isteri yang derhaka. Maka dengan itu aku haruslah sentiasa bersiap sedia dan baiki diri aku dulu. Perkahwinan bukanlah perkara main main dalam hidup. Banyak perkara dan hati yang perlu kita jaga.

Ramai manusia sedang berusaha untuk kahwin muda tapi satu benda yang manusia sering alpa termasuk aku. Persiapan untuk mengahadapi mati muda. Adakah anda sudah bersiap sedia untuk menemui Allah dengan amalan yang anda ada sekarang? Adakah anda rasa amalan anda sudah cukup sempurna untuk memasuki syurga Allah ? mari kita duduk sejenak dan muhasabah diri. Hisab diri , moga dengan mengingati mati akan membuatkan iman kita bertambah kepada Allah. insyaAllah :')


Perkahwinan memang nampak seronok dari pandangan mata tetapi hakikatnya ia berat dari segi tanggungjawab - Mama :)

4 comments:

Etong said...

terlalu jauh diri ini untuk menjadi hamba Allah yang sempurna.

nur anis said...

saya pun sebelum ni selalu fikir nak kahwin awal..tengok kawan-kawan kahwin, nak kahwin juga..tapi bila fikir balik, rasa belum bersedia lagi nak jadi isteri..

Unknown said...

sy selalu jgk mimpi pasal kahwin ni... dah kemaruk... huhu...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/03/respect-sama-lu.html

Ibu Aqmar said...

betul tu, skang ramai plak kedengaran mati muda kan..entahlah cukup ke tak amalan kite ni utk akhirat nanti??? huhuhu

tag awak join ga ni http://www.akmarwati.com/2012/04/win-coach-wristlets-at-babyibu_04.html