La hawla wala quwwata illa billah.

Friday, January 6, 2012

Punca Gangguan Bekalan Air Di UKM !

salam sayang , 

hai , dah mandi belum ? sape yang kolej or U dia tak de air tu mesti tak mandi lagikan ? eeeeee , busuk ! haha , kolej aku dah 3 hari tak de air dah la tengah exam tapi alhmdulillah jugak la sebab lori SYABAS datang hantar air. kalau tak tak mandi aku pergi exam woi ! 

ye , memang aku mengaku aku stress gila tak de air tapi nak buat macam mana kan ? kena pandai-pandai survive la. tak boleh nak salahkan sepenuhnya pada satu pihak saja walaupun kadang-kadang aku rasa macam nak bom je ukm ni sebab xde air. haha , jahat gila aku.

masalah ni actually berpunca dari SYABAS , diroang tengah naik tarafkan sistem bekalan air di selangor. meh baca airtikel kat bawah ni :

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat termasuk seluruh kawasan Kajang, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula pukul 5 petang hingga 6 pagi pada 16 dan 17 Januari ini.
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan itu ekoran kerja penyambungan paip air yang merupakan salah satu dari program menaik taraf sistem bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kerja-kerja penyambungan paip air bersaiz 1500mm garis pusat ke paip air sedi ada bersaiz 1500mm garis pusat di antara persimpangan Jalan Baru dan Jalan Padang Tembak serta kerja-kerja penggantian injap kupu-kupu berukuran 800mm di Jalan Timur Kajang, Wilayah Hulu Langat akan diadakan,” katanya.
Abdul Halem berkata, kawasan yang bakal terjejas adalah seluruh kawasan Kajang; sepanjang Jalan Semenyih dari Kajang ke Beranang dan sepanjang Jalan Reko dari Pekan Kajang ke West Country.
Justeru, katanya, para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Katanya, Syabas berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara itu bersabar dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222 jika mempunyai pertanyaan lanjut.
“Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’,” katanya lagi.

Sumber : MyNewsHub

tapi kan dia kata start 16 , ni yang UKM ni start lama dah woi xde air. puncanya ape ? dan kenapa Selangor je? kata naik taraf sistem bekalan air kat KL n Putrajaya gak. tak aci la woi ! haha , gurau ja.

p/s : aku bila dah kawin nanti aku rasa macam tak nak tinggal kat selangor la sebab dengar cite selangor selalu ada masalah air. orang selangor jangan marah ea? senyummmmm. peace ! (^.^)Y


7 comments:

abgDude a.k.a kai said...

biase la paip-paip tu kene renovate gak..
dah beratos taon terperap bawah tanah tu...
ade yang boco..
ade yang berkarat..

=New Entri====
http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/thursday-movie-marathon.html

dunia biru said...

hai, salam perkenalan.

first tyme jugak menghadapi perkara nie. tapi kat klang tak pernah terjadi. kat bangi je kot. so, blacklist bangi je. area lain kat selangor selamat kot. hehehe

iAmCekbolat said...

kahkahkah.. senyum tu tak than betul lah..

anyway.. mct bsuk the giler baby kan?
ramai2.. tpi air sgt penting bgi prempuan.. harap maklong..=D

Faiz Tapit said...

arghhhhh......
tensen btol lahhhhhh
nk menjamban pn payah

Unknown said...

seronok duk ukm ni... selalu x de air...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/kontroversi-nur-amalina-terjawab.html

Anonymous said...

Nantikan pendedahan isu Air di http://pm-ukm.blogspot.com/

adiba ramli said...

jum dok zaaba jom. alhamdulillah, setakat ni oke. tak tau la akan dtg. takut. da siap2 simpan air dari aritu kot. peace. gud luck exam kakak :D