Salam sayang ,
entah kenapa malam ni aku terasa nak tulis entry ni.
sorry aku memang tak pandai nak berpuitis bagai.
aku just tulis apa yang aku rasa.
terlalu banyak kekejaman dan binasa.
aku tak sanggup , aku tak rela.
kerana aku pecinta yang setia.
moga ada kesedaran diluar sana.
buat manusia yang berhati durjana.
kadang-kadang kau di sepak suka-suka,
kau meronta-ronta,
kadang-kadang kau dibuang merata-rata,
kau hidup merana,
badan kau luka-luka,
badan kau basuh kuyup,
badan kau kurus sangat sehingga nampak bentuk tulang rangka kau,
aku rasa sebak sangat,
sampainya hati manusia buat kau macam tu.
yang pastinya aku xkan biar orang buat kau macam tu,
kau pun makhluk Allah,
kau punya hak untuk hidup,
kau punya hak untuk dibelai dan disayangi,
aku sayang kau,
ramai sayang kau.
ya Allah lindungi makhluk kecil ini,
lindungi makhluk yang tidak berdosa ini,
jangan biar dia dizalimi tangan-tangan kotor manusia kejam,
moga ada kesedaran di hati mereka.
The difference between friends and pets is that friends we allow into our company, pets we allow into our solitude. -Robert Brault-