La hawla wala quwwata illa billah.

Friday, November 8, 2013

Solo Fighter.

Assalamualaikum. Hai hai hai!

Ok lama gila tak update, dah tak pandai nak mula ayat macam mana. Hahaha. Ok camni la, hari ni aku pergi The Curve sensorang. Kire bajet jadi solo fighter la kengkonon, padahal forever alone je rasa, puihh!

Sampai je the curve to aku dah macam lost gila nak mati sebab parking dia bapak besar. Tapi yang aku salute parking dia ada parking khas untuk single female driver and ibu tengah mengandung. Kire khas untuk solo fighter macam aku la untuk elak kena ragut ke apa kot. Baguih baguih.


Dah parking confirm-confirm la kena snap tempat parking sebab nanti korang akan jadi macam ibu hilang anak sebab besar parking dia lebih kurang besar padang bola Stadium Shah Alam la lebih kurang walaupon aku tak pernah pon pegi Stadium Shah Alam tu. Hahaha

Sampai je terus aku terus cari kedai makan, ingat nak bantai mekdi je tapi rasa muak pulak sebab asyik makan bendalah tu je. Pastu bajet macam nak makan kat Johnny Burger tapi sekali lalu, bapak ramai orang. Tengok macam ada event something je, sama ada opening ataupon anniversary something la. Lalu kaki aku laju je The Chicken Rice Shop. Perut melayu memang cenggini, kena juagk cari nasi. Kahkah


Ni set yang aku selalu makan.


Paling sedap dia punya nyonya pie tee dengan pencuci mulut, rainbow jelly. Hiks

Lepas makan gua ronda-ronda. Cadangnya nak pegi mph pastu terus balik, sempat grab buku ni. Dah lama gila cari, tak tahu kenapa tertarik gila dengan buku ni. Buku terfaktab semua best gilo!


Lepas shopping kat mph, ingat nak terus balik tapi silap lalu sebelah Baskin Robbin, teheee. Maka dengan itu, terbeli la Chocolate Cookies Crunckle. Hamboi nama kemain dasyat! Hahaha


After dah sudah cuci mulut dengan bendalah ni, aku gatal g naik tingkat atas balik and ternampak Daiso. Mak aih, kedai feveret kalau tak masuk memang tak sah. Maka dengan itu, hasilnya adalah. Tadaaaaaaaa! 

Walaupon dah umo 22, tapi jiwa muda. Nak beli bendalah comels je. Hiks :p
So after dah penat jalan, naik turun ekskeletor, aku decide nak balik. But before balik haruslah beli dinner dulu. Hehe. Dinner for tonight is Mango Au-Lait Jelly Rainbow + Quater Pounder. Maka itulah penutup cerita si solo fighter ni. Hehe



So, adios amigo. Peace ✌️

1 comment:

AnAk dEneSor said...

akak cam best je buku tu..pasal ape kak buku tu?