La hawla wala quwwata illa billah.

Saturday, February 25, 2012

wanita dan rama-rama.



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. 

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. 

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. 

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly 

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. 

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. 

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. 

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH :)

Wednesday, February 22, 2012

perasaan hati :)


Bismillahirahmanirahim :)

Sesungguhnya aku serahkan sepenuh hati ini kepadaMU ya Allah keranaku yakin Engkau Maha Mengetahui siapa dalam kalangan hambaMU yang layak untukku. Dengan serendah-rendah hati aku memohon, titipkanlah kepada ku hambaMU yang mampu menjadi imam di setiap solatku, ayah yang terbaik untuk setiap anakku, yang mampu menyayangiMU serta mencintaiMU lebih dari segala-galanya dan yang mampu membimbingku ke jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang. Kuatkanlah hatiku ya Allah. Semoga ku akan terus redha dengan segala ketentuanMU ya Allah. insyaAllah, Amin ya Rabb :)


Friday, February 10, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Akhir



Pagi tadi, saat penggebumian jenazah pasangan suami isteri, Haji Mansor dan Hajah Rahmah di Tanah Perkuburan Kampung Serindid. Pak Long Yunus datang kepada ku yang sedang kebingungan di luar pagar tanah perkuburan sedang orang lain beransur keluar. Tidak jauh dari tepi pagar itu kelihatan tanah kuburan yang masih merah. Pak long menghulurkan kepadaku sepucuk sampul kertas. Sedikit senyuman pun tidak diberikan kepadaku.

Cuma satu baris ayat dihadiahkan kepadaku ‘Tahniah Sofiey kamu telah berjaya menjadi anak derhaka' suaranya jelas berbaur rasa hampa dan geram. Selama dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung, aku sama sekali tidak merasa bersalah atau sedih kerana kau yakin bahawa Pak long yang menghubungi aku semalam hanya berbohong tentang kematian ibu dan abah dalam kemalangan semasa mereka baru pulang dari masjid.

Tanganku  menggeletar membuka sampul kertas itu seterusnya membawa keluar sepucuk surat.aku menarik nafas sedalam yang mungkin.

          'Untuk anak ibu,ketahuilah anakku sayang,betapi selama hampir 15 tahun ini ibu terlalu merindui kamu. Setiap kali ibu buka mata untuk bangun solat subuh , perkara pertama yang terlintas pada hati dan fikran ibu adalah kamu sayang. Setiap kali ibu melihat Haikal, sepupu kamu pulang dari sekolah dan dari jauh ibu perhatikan dia terus menyalami dan mencium pipi mak Long kamu, ibu akan teringatkan kamu yang tidak pernah lupa menyalami dan mencium pipi ibu setiap kali kamu pulang sekolah. 
          Sofiey, terus terang ibu katakan ,ibu amat merindui saat  itu.Pada setiap  hari juga ibu memasang keyakinan  bahawa kamu akan pulang. Tapi persoalan bila ? buat ibu terasa tidak tertanggung derita rindu kepadamu anakku , begitu juga abah. Bilik Sofiey telah ibu kemaskan, baju melayu biru kesukaan Sofiey, masih lagi tergantung di dalam almari, maaf ye anakku, baju itu telah lusuh. Setiap minggu ibu akan basuh baju kesanyangmu itu. Itu sahaja yang mampu ibu buat untuk mu anak yang ibu rindui ini. 
          Maaf, kerana tidak dapat menyambut kepulanganmu , jangan Sofiey bimbang setiap kesalahan Sofiey telah kami ampunkan dalam setiap doa kami ketika solat. Keredoaan kami buat Sofiey selama ini tidak pernah luntur walau sejauh mana, atau setinggi mana kebencian Sofiey pada kami. Sofiey, ketahuilah kalau Ibu ini mampu menggatur ajal,sudah pasti akan ibu percepatkan ajal ibu, kerana ibu tidak mampu meneggung lagi kerinduan ibu pada anak ibu ini. Barulah ibu tahu kadang kala dalam hidup ini orang yang paling kita sayanglah adalah orang yang paling payah untuk disayangi. 
          Maaf, maaf, maaf, kalau ada kelakuan kami yang buat Sofiey berdendam dengan kami. Kami telah lama memaafkan Sofiey,sejak Sofiey keluar ke dunia ini,kerana cinta ibu dan abah buat Syofiey tampa sebarang syarat.Salam sayang dan rindu.'

Surat rintihan rindu seorang ibu pada anaknya. 'Cinta tanpa syarat' tiga patah kalimah keramat itu telah mampu membuat hati anak derhaka seperti aku hancur. Doa seorang ibu yang menanggung barah kerinduan pada anaknya membawa aku pulang ke kampung ini. Sejarah aku menjadi seorang anak kepada ibu dan abah hanya tinggal  kenangan,yang mampu aku sambut hanya ucapan salam rindu dari seorang ibu yang padanya letak segala-galanya. Sepatah ucapannya akan menjadi modal untuk aku bayar nilai sebuah kejayaan  kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ucapan redonya mampu menjadi perisai untuk aku   mengharungi liku hidup ini.

Orang tua yang aku peluk tadi masih berada bersamaku, menenagkan aku. Dialah orang tua yang aku lihat termenung di jendela petang tadi. Orang tua itu, cuba menenangkan aku,katanya 'Anak, air mata xkan dapat menghidupkan insan yang telah mati, air mata juga tidak dapat menyelesaikan apa yang terbuku di hati. Melain engkau mengubah diri menjadi insan baru . Keluarlah dari kepompong kejahilan kerana dunia ini akan terus perputar memberikan peluang kepada meraka yang mahukannya.' kata-katanya sarat dengan makna. Ye, yang aku nampak sekarang ini adalah untuk mencari jalan ke syurga...



Monday, February 6, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Part 3



Wajah itu memandangku dengan senyuman penuh ikhlas . Aku tidak mampu membalas, aku tewas hanya kerana syuman itu membuatkan aku rasa seperti telah dihantar ke neraka. Rindu pada abah dan ibu tidak lagi bawa erti saat aku menyesali kekilafan ku ini. Abah menghampiriku dan menghulurkan tangan yang aku sembut dengan linangan air mata , aku berdiri sambil memejamkan mata yang sarat dengan limpahan air mata tanda aku amat merindui saat –saat seperti ini. 

Pelukan aku bertambah erat ,mulut ini dengan ringan mengungkapkan rasa bersalah ,dan ucapan maaf yang selama 15 tahun yang lalu telah aku kunci kalimat itu jauh di ceruk sanubariku. Abah, maafkan Sofiey..Maafkan segala dosa Sofiey pada abah dan ibu selama ini, sejak Sofiey berjaya masuk ke universiti sehinggalah Sofiey bergelar komposer yang popular , Sofiey tidak pernah sekali pun menjenguk abah dan ibu. 

Abah,maafkan Sofiey , Sofiey tak sanggup teruskan hidup ini tanpa abah dan ibu bersama Sofiey. Tolong jangan tinggalkan Sofiey , terkeluarlah mutiara kata itu daripada mulut seorang anak yang derhaka. Ungkapan yang tersadur keikhlasan hati khas buat abah.Pelukanku itu disambut dengan erat dan dapat ku rasakan ke hangatan air mata yang turut menitis jatuh di bahuku.Aku yakin abah dapat menerimaku kembali.

Abah merenggangkan pelukan dan apabila mata kami bertemu, barulah aku sedar yang aku peluk itu bukan abahku. Dia seorang lelaki tua yang berkulit cerah,berhidung mancung seperti seorang anak peranakan, tetapi masih jelas di sudah berusia. Lelaki itu mengesat ari matanya yang bersisa. Aku yang masih lagi terpaku dalam kekeliruan hanya mampu  menyambung sendu yang baru sebentar tadi telah terubat. Rupanya yang aku berpelukan degan orang lain , sedang mataku berilusi bahawa itu adalah abah. 

Aku masih tidak mampu menerima hakikat yang abah dan ibu telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Tangisan kali ini membawa aku kepada banyangan susuk tubuh yang lebih meleburkan keegoaan aku sebagai lelaki.Demi dia yang selama ini aku kongsi senyum, tawa, kegembiraan dan dihadapannya juga setiap tangisanku sentiasa diubatkan dalam dagapan kasih sayangnya.


bersambung...



Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyulam Cinta :)


Di Malaysia, saat menjejak tanggal 12 Rabiulawal, setiap dari kita mula bersiap sedia menghadapi hari-hari yang dinanti. hari cuti umum!. Pada hari cuti umum ini, akan diadakan keraian-keraian Islami yang dipenuhi aturcara mengenang Rasulullah dengan berselawat merdu, bernasyid dan berceramah. Tidak akan ketinggalan walau satu tahun pun, upacara-upacara sebegini akan diadakan. Persoalannya, sejauh manakah sambutan ini benar-benar bermakna pada kita?
Pengulangan dari tahun demi tahun mampu menjadikan sambutan ini sekadar satu upacara ritual yang harus dilaksanakan. Tidak menjadi masalah sekiranya kita hanya mengikut-ikut orang lain pada walnya dengan mengharapkan sebuah keikhlasan beribadah di hujungnya, tetapi amatlah merugikan kerana Maulidurrasul sebenarnya mampu menjadi satu ibadah cinta agung yang mampu mengundang pahala dan syafaat daripada Rasulullah tercinta. Menarik bukan? Tetapi, bagaimana pula caranya?
Segalanya bermula dengan sebuah kisah cinta. Setiap yang dilakukan menjadi lebih bermakna jika dihadiri dengan perasaan cinta. Dengan rasa cinta, kita tidak akan berkira walau sebanyak mana kudrat yang perlu kita gunakan untuk membuktikan sebuah nilai cinta pada insan tersayang. Pasti para pembaca sendiri pernah melakukan sesuatu yang tidak digemari, tetapi harus dilakukan juga atas dasar tanggungjawab. 
Cuba bandingkan dengan suatu perkara yang dilakukan dengan penuh rasa cinta, khas buat orang yang dicintai. Saat hadirnya cinta, yang susah jadi mudah, yang lama jadi sekejap, yang panas pun boleh menjadi sejuk. Inilah pesona dan penangan cinta.
Begitulah juga kita dengan Rasulullah S.A.W. Cinta seharusnya dipupuk dalam-dalam. Andai ada cinta, barulah kita benar-benar dapat merasakan betapa kita menanti-nanti tanggal 12 Rabiulawal. Bukan lagi sekadar kerana sebuah cuti umum yang diadakan dengan pelbagai program mengingati kuputeraan seorang yang ditugaskan menyampaikan risalah Allah, tetapi satu hari teristimewa yang amat dinantikan, untuk dilakukan pelbagai perkara yang mampu membuatkan baginda semakin sayang pada kita semua.

Semestinya perasaan itu tidak mampu hadir serta-merta. Bukan mudah menerbitkan cinta. Bukan mudah juga untuk jatuh cinta. Untuk mencintai, semestinya kita harus mengenali. Bukan cukup kalau sekadar mengenali bibliografi, tetapi harus menganjak jauh mengenali hati budi. Percayalah bahawa, setelah mengenali baginda, terlalu mudah untuk kita jatuh cinta dengan insan agung yang dicintai Allah ini. 
Peribadinya sahaja sudah cukup membuatkan yang mengenalinya tertawan. Mana tidaknya, akhlak baginda merupakan cerminan al-Quran. Pelbagai kisah menarik yang tercatat dalam sirah yang mampu membuatkan kita tersenyum, merindui kehadiran baginda dalam kehidupan kita. Tambahan pula apabila mengetahui, saat hayatnya, kita semua yang tak pernah diketemuinya ini disebeut-sebut, malah hingga ke akhir hayatnya, baginda masih mengingati umatnya dengan lafaz syahdu.. \"ummati..ummati..ummati...\".
Mana mungkin kita gagal untuk jatuh cinta pada baginda?
Bukan setakat mencintai.. Setelah mencintai, pastinya jiwa menggesa untuk berkorban membuktikan cinta. Dengan cinta, lafaz \"Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah\" pastinya lebih bermakna. Kesaksian yang terkepil dengan satu amanah penyaksian misi dakwah Rasulullah yang harus diteruskan sudah tentu menjadi satu azam yang terpasak dalam jiwa. 
Bukan lagi menjadi sebuah tanggungjawab yang dirasakan terpaksa untuk dilangsaikan, tetapi sebagai satu bukti rasa cinta mengharapkan Rasulullah S.A.W turut mencintai kita,mencintai umat yang tegar menuntun perjalanan profesyen utama baginda, profesion seorang pendakwah.
Lafaz selawat "Sallallhu 'ala Muhammad, Sallallahu 'alaihi wasallam" juga mudah dilafazkan dengan getar rasa cinta dalam jiwa. Tiap lafaz dialunkan dengan rasa cinta dan rindu yang cukup mendalam, mengharap syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Lafaz ini pastinya dikumat-kamitkan selalu dengan penuh pengharapan supaya nanti saat ketemu di akhirat, kitalah yang diperhatikan baginda saat baginda berpaling melihat umatnya, dengan senyuman terindah. Subhanallah..betapa indahnya!

Setiap perkara sunat yang diperturunkan juga dapat dilakukan dengan penuh rasa ikhlas, tanpa sedikit pun rasa terbeban. Betapa indahnya kehidupan, apabila tertambahnya sebuah nilai agung yang membuatkan urusan dunia yang asalnya hambar, menjadi urusan akhirat yang akan dihitung ke Syurga. Bersukan bukan lagi sekadar menjadi pengisi masa terluang untuk bersuka-suka, tetapi sesuatu yang besar ertinya pada pemantapan kekuatan ummah apabila ianya disarankan oleh Rasulullah. Membahagiakan ahli keluarga dan jiran tetangga bkan lagi menjadi aksi-aksi sebuah akhlak asasi, tetapi sebuah tanggungjawab yang bernilai Syurga.
Dengan cinta inilah, seluruh kehidupan kita mempunyai roh sebuah kehidupan bernilai akhirat, sejajar dengan matlamat baginda didatangkan kepada umatnya, termasuklah kita, umat akhir zaman. Kedatangan baginda memberi sebuah sinar kehidupan, yang memperjelas jalan-jalan ke Syurga. Semestinya, pilihan berada di tangan kita. Mempertaruhkan sebuah ketaatan dengan satu keterpaksaan, atau menyulam ketaatan dengan sebuah keikhlasan rasa cinta? Tepuk dada tanya selera. 
Akhir kalam, ayuh kita risik-risikkan khabar jiwa kita semua.. Seistimewa manakah nilai sambutan keputeraan baginda pada tahun ini pada kita? juga.. seistimewa manakah baginda Rasulullah dalam 364 hari yang lainnya pada pada kita? Semoga  nanti di akhirat, semua diantara kita berjaya memenangi syafaat dan senyuman Raulullah..
Selamat menyulam cinta.
Eid Milad, Ya Rasulullah....
Kami merinduimu..

Sumber : iluvislam.com

Friday, February 3, 2012

Mencari Jalan Ke Syurga - Part 2



Boleh dikatakan majoritinya telah tergolong dalam kalangan warga emas. Sedikit pun tidak aku hairan fenomena itu, seperti kata teman karibku Denny 'Opey,kau tau tak ,yang kita tengok tadi jalan pergi surau tu, semua golongan RTM'. Masih segar dalam ingatan aku peristiwa sebelum masuknya waktu solat fardu Isyak pada malam itu. Mulanya aku bingung, tapi RTM yang dimaksudkan Denny,adalah golongan ‘Rehat Tunggu Mati’. Peristiwa itulah merupakan kenangan terakhir aku bersama Denny sebelum aku kehilangan seorang teman karibku. 

Denny ditemui mati dibunuh secara kejam. Mayatnya ditemui di dalam sebuah loji pembentungan di Setapak ,Kuala Lumpur. Aku yakin ini semua angkara geng ‘Along’ yang telah lama mengugut Denny kerana tidak melunaskan hutang kepada mereka. Apakah nasib dia di dunia sana? sedangkan ketika hayatnya, segala bentuk kejahilan ,kami lakukan bersama, ibarat isi dengan kuku. Slogan jahiliah kami selama hidup sebagai teman,’hidup hanya sekali,jadi kita mesti enjoy !!’. Ternyata sekarang dunia enjoy dia telah tamat awal sebelum aku menyusul. Sebak pendamping setia aku itu.

Sesedar dari lamunan aku mendengar seruan i’qamat. Aku yang dari tadi bersandar di penjuru surau mula merasa tidak tenteram kerana semua mata yang ada memandang sinis kepada aku. Pada hematku ,yang belegar di kotar fikiran meraka adakah orang yang  berpenampilan seperti aku akan menyertai saff untuk mengerjakan solat? Masakan mereka tidak berfikir sebegitu, aku yang duduk seperti orang kalah judi, degan berbaju t-shirt hitam dengan lambang rock metal terserlah di dada, berseluar jean lusuh. 

"Aah,mereka ingat aku jahil sangat.mereka tidak tahu yang aku  bekas ketua pelajar sekolah menegah agama. Satu ketika dulu aku  johan taddarus , dalam Majlis Tadarus Quran (MTQ), peringat Negeri Perak. Kalau setakat  berdiri di halayak untuk memberi tazkirah spontan dengan sulaman potongan dalil-dalil yang ampuh, menjadi rutin mingguan aku di sekolah dulu. Sebut saja nama Abdullah Sofiey Mansor, satu sekolah hormat dan kagum dengan kebolehan aku" bisik hati aku dengan penuh bangga. Pandangan mereka aku balas dengan jelingan tajam,petanda bahawa aku bukan sebarangan orang yang boleh diperlekehkan dengan padangan murahan mereka itu.

Aku berdiri dalam barisan saff di bahagian paling hujung, bermula dari takbir hingga memberi salam di akhir  solat, aku hanya mengikut  tindakan  makmum di sebelahku. Saat solat aku merasa begitu kosong, fikiranku hanya tertumpu untuk meniru gerakan seorang tua berbadan gempal di tepiku itu. Sesudah memberi salam aku terus bangun dan pergi ke sudut tempat aku termenung sebentar tadi. Sedikit pun aku tidak menghiraukan mata makmun lain yang memandangku. Pada ketika itu baru aku sedar yang sebentar tadi aku solat tanpa  mengambil wuduk."Aah..persetankan itu semua" bentak hatiku.

Ketika duduk aku terkedu melihat satu raut wajah yang masih berada di dalam saff. Wajah itu tidak sepatutnya wujuh lagi kerana jasatnya baru pagi tadi disemadikan. Aku pejamkan mata sambil menekan-nekan pundak kepalaku. Itu wajah abah. Aku amat pasti raut wajah itu, memang benar itu wajah insan yang selama aku hidup besamanya tidak pernah sekali pun dia bertindak kasar atau memarahi ku, nasihatnya dengan tutur kata penuh hikmat , seringkali membuat aku terperangkap dengan rasa bersalah atas tindakan buruk yang aku lakukan. 

Insan itu satu ketika dulu pernah berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk membelikan aku sebatang pensel kayu berharga tiga puluh sen, insan itu juga yang satu ketika dulu hampir lumpuh kerana menyelamatkan aku dari terkena patukkan ular tedung selar.” Tidak mungkin,tak mungkin..!”suara jeritan batin ini diiringi dengan titisan air mata derita.

"DERITA,derita ini yang terlebih dahulu aku bayar untuk semua pengorbanan abah dan ibu, DERITA yang  telah mereka tempuh selama 15 tahun. Mereka makan berulam DERITA rindu, mereka tidur berbantalkan DERITA  kenangan keranaku,mereka bersawah sambil membanting derita kecawa, mereka menyambut ketibaan syawal dengan DERITA  kesunyian, sedangkan yang  mereka impikan cuma  jasadku di depan mata ,tapi yang mampu mereka peluk hanya bayangku semata-mata. 

Akhirnya, mereka memejamkan mata dengan membawa DERITA cinta kerana punyai anak derhaka seperti aku. Anak lelaki tunggal yang  terlebih dahulu telah menganugerakan mereka rentetan derita yang berpanjangan hingga ke akhir hembusan nafas mereka di dunia ini.Dimana aku ketika itu? aku sedang  kekenyangan berpesta, aku sedang asyik mengulik tubuh wanita, aku  turuti semua  nafsu setan yang semestinya dusta.


bersambung....


Mencari Jalan Ke Syurga - Part 1

Thursday, February 2, 2012

'Couple' Yang Halal :)


Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)
sumber : iluvislam.com