Salam sayang ,
hari ni hari first tulis entry BARU. menjadi orang BARU dalam dunia blog. siapa aku ? abaikan kerana aku menulis bukan kerana nama. it's had been a month aku tak menulis , opsss menaip actually. jari dah mula rasa kekok. dan dah tumbuh cendawan dah rasanya ni. haiyaaa -..-
kali ni aku nak menulis secara random dan ikot suka hati aku sebab aku rasa blogging ni tiada limit. lantaklah apa orang nak cakap , ni blog aku , aku punya pasal la kan ? tapi kadang-kadang kena amek kira jugak kan ?
sebab utama aku BEREHAT sementara dalam dunia blog ni ade 3 sebab :
1) sebab aku busy gila-gila kalah mamak buat roti canai kat depan rumah mak senah.
2) sebab aku rasa macam fedup gila nak update blog . banyak sangat pancaroba dunia , kes-kes xpuas hati la , nak menjatuhkan orang la , ape benda bagai.dah macam blog ni benda yg terpenting je dalam hidup korang kan ? chill la weh !
3) sebab aku MALAS , teheeee :P
untuk entry PERTAMA aku ni , aku nak bagitau tu je.okeh , jumpa lagi kalo sudi , peace yo !